[Buku] Mudahnya Menjemput Rezeki (Fathuri Salehuddin)

Mudahnya Menjemput RezekiMudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin
My rating: 4 of 5 stars

Buku ini paling banyak dicadangkan rakan untuk dibaca. Promosi di FB juga bukan sedikit.

Buku ini terbahagi kepada 4 bab utama. Bab 1 berkaitan makna rezeki. Bab 2 diterangkan cara untuk menjemput rezeki. Bab 3 kisah-kisah benar yang boleh dijadikan contoh. Dan bab terakhir, dikongsikan tentang langkah yang perlu diambil.

Jujurnya, bab 1 agak membosankan. Perihal definisi sangat berulang-ulang. Penulis mahu pembaca benar-benar faham dengan maksud rezeki, tetapi 10 tajuk kecil hanya untuk itu agak meleweh. Saya tamatkan bacaan buku ini selepas bab 1. Apatah lagi saya terjumpa 2 ayat yang bagaikan kontra di antara satu sama lain. Ayat di mukasurat 44 "..rezeki tidak tunduk kepada usaha.." dan ayat di mukasurat 50, "...kunci rezeki adalah keaungguhan kerja..". Bagi saya yang kurang bijak ini, itu agak mengelirukan. Mohon pencerahan.

Tetapi mengenangkan "promosi" rakan-rakan, saya teruskan bacaan bab 2. Menarik. Enjin mula panas. Dan saya habiskan semua dalam satu hari!

Tidak rugi. Sangat elok dibaca. Bab 2 dan bab 4 adalah kegemaran saya. Insyaallah, boleh dijadikan panduan yang mana berkaitan.

Insyaallah.

Review yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments