Kucing-kucing comel

Ada dua ibu kucing.

Satu PATI, satu lagi dikutip. Dan kedua-duanya baru sahaja bersalin. Selang sehari.

Amboi! Bersalin katanya.

Dan yang memeningkan kepala, warna anak-anak mereka lebih kurang sahaja. Hitam, belang kelabu, belang putih. Dicampur aduk, sudah tidak tahu siapa anak siapa.

Dan sejak awal minggu hari itu, satu ibu sudah mahu hidup berasingan. Diusungnya anak-anak ke rak kasut kami. Kami biarkan sahaja. Cuma masalahnya, diangkut sekali tujuh. Ada juga milik ibu satu lagi. Tapi kedua-dua ibu ini sudah keliru yang mana anak sendiri.

Lantak lah.

Asal mahu menjaga.

Total anak, sembilan ekor.

Meriah lah laman dengan hasil kumuhan. Semerbak lah nanti dengan bau-bauan.

Sedapnya tidur









Reactions

Post a Comment

0 Comments