Ujian Kenaikan Talipinggang Seni Silat Pusaka Gayong Selangor 2015

Silat.

Seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu yang usianya mungkin mencecah ratusan tahun. Sudah banyak dokumentari yang menjejak susur galur seni unik ini. Aku, sedari kecil amat berminat dengan gaya tangkas orang bersilat seperti yang selalu dilihat di dalam filem. Tetapi, minat aku lebih kepada kungfu sebenarnya. Mata pasti tidak berkelip apabila melihat aksi hebat Jet Li, Jackie Chan, Sammo Hung dan kebelakangan ini aktor Donnie Yen yang kelihatan bersahaja bila beraksi.

Tetapi, hanya sekadar minat dan kagum sahaja. Tidak pula ada keinginan untuk belajar secara formal.

Sampailah si anak bujang beria-ia mahu menyertai Silat Gayong di sekolah. Bagus juga, kerana ada aktiviti hujung minggu yang lebih berfaedah. Aku izinkan, kerana aku juga yakin disiplin silat yang tegas boleh membentuk Haris menjadi individu yang lebih baik.

Tak sangka pula Haris begitu bersungguh-sungguh.

Semenjak menyertai silat dari penghujung tahun 2012 sehingga hari ini, sudah dua kali Haris berjaya "naik" talipinggang. Kali pertama (tahun 2013), terlepas peluang kerana kami sekeluarga melancong ke luar negeri dan Haris tidak dapat menghadiri ke acara ujian kenaikan talipinggang tahun itu.

Jadi semenjak 2014, kami pastikan Haris dapat hadir ke majlis yang sangat dinantikannya ini.

Dan baru-baru ini, semasa cuti sekolah pertengahan tahun Haris dianugerahkan lagi dengan talipinggang baru.

Pelangi Hijau.

Tingkat ketiga dalam tingkatan bengkung Seni Silat PESAKA Gayong.

Ah! Berapa tingkat sekali pun, abah dan ummi sangat bangga dengan abang Haris. Tahniah abang!

Pendekar Haris
Pendekar Haris


Insya-Allah, tahun depan giliran Kakak Hanim pula.

Di bawah ada sedikit gambar di sekitar majlis Ujian Kenaikan Talipinggang Seni Silat Pusaka Gayong Selangor bagi tahun 2015, yang bertempat di Alang Sedayu, Gombak. Acara diadakan pada 5-7 Jun 2015.

Menunggu
Menunggu

Sabar menanti
Sabar menanti

Ketibaan
Ketibaan

Ucapan
Ucapan

Persembahan
Persembahan

Pelangi Hijau
Akhirnya, Pelangi Hijau

Pelbagai aksi
Pelbagai aksi

Senior
Senior

Penutup
Penutup

Bergambar beramai-ramai
Bergambar beramai-ramai
Pesilat alaf moden
Pesilat alaf moden

Tahniah sekali lagi untuk semua pesilat!








Reactions

Post a Comment

0 Comments