Selamat Menempuh UPSR, abang Haris!

Akhirnya hari ini tiba.

Selepas enam tahun mengutip ilmu, abang Haris menempuh ujian besarnya yang pertama dalam dunia akademik. Tuntutan pendidikan formal di bumi Malaysia.

Semoga semuanya dipermudahkan.

Haris
Encik Kacak

Apapun keputusannya, Insya-Allah, abah dan ummi akan menyambutnya dengan baik dan tetap meraikan. Abah dan ummi tahu, abang sudah berusaha. Selebihnya, kita serahkan kepada Yang Esa untuk menentukan.

Jangan risau, sayang.

Jangan cemas, wahai diri.

Semuanya baik-baik sahaja.

Ucapan abah
Ucapan abah

Ucapan kakak dan ummi
Ucapan kakak dan ummi







0 comments:

Post a Comment

My Instagram