Kahwin Campur

Kaki dia berbintat kemerahan. Kesan gigitan serangga.

Saya tanya manja-manja, "Ni kenapa ni, siapa buat?"

Dia pun tertunduk sama melihat. Jari mongel dia turut menggosok.

Selalunya kalau merah begitu, sama ada semut atau nyamuk.

Dia berfikir-fikir.

Hafiz
Hafiz


Saya tanya sekali lagi.

"Siapa gigit kaki Hafiz abah ni?"

Akhirnya dia nampak sudah pasti. Sudah tahu angkara siapa. Jawapannya mantap. Jitu.

"NYAMUT!!"

Untunglah.

Serangga di rumah abah, sudah berkahwin campur rupanya.

#ceritahafiz





0 comments:

Post a Comment

My Instagram