Menuai Hasil Kebun Nenda Bersama Keluarga Tercinta



Hari Sabtu yang lepas, sehari suntuk kai di kebun atok Hafiz di Kuang. Sebelah pagi sampai ke tengah hari, kami membersihkan semak dan memungut buah mana yang ada.

Pulasan yang paling banyak. Manis.

Risau juga mulanya Hafiz meragam. Maklumlah, penuh dengan pokok dan nyamuk. Abang dan kakak-kakak masing-masing sudah biasa. Trekking masuk hutan pun dah selalu. Tapi yang bongsu ni belum pernah lagi.

"Abah, seronoklah pergi kebun!"

Lega.

Tak ada langsung buat perangai minta balik rumah. Elok saja dia tolong mengutip kayu dan yang paling dia suka, petik buah pulasan dari pokok yang rendang. Makan? Lagilah. Entah berapa biji dia telan, macam tak tahu nak berhenti. Risau batuk saja. Paksa juga dia minum air suam  banyak-banyak.

Kebun yang hijau Pondok Sarapan Bakar sampah

Lepas makam tengah hari dan solat Zohor, kami ke kebun sepupu saya yang berhampiran.

Ada manggis, cempedak, rambutan gading dan yang paling banyak, buah pulasan. Hafiz pulun lagi. Suka betul dia. Muka dah sememeh berselekeh kotor, tapi masih aktif ke hulu ke hilir mengutip buah.

Seronok.

Sebenarnya dua-dua kebun ada sungai. Dulu, zaman saya kanak-kanak memang sungai itu tempat kami berendam beramai-ramai. Air memang segar dan sejuk. Kalau tak mandi sungai, mandi perigi. Bilik air dalam rumah, hanya untuk kaum mak-mak sahaja.

Tapi sungai hari ini sudah tidak sama. Lesu dan keruh. Mungkin masih boleh berkubang, tapi rasa ragu-ragu menebal.

Namun, Alhamdulillah.

Masih diberi peluang mengecap nikmat kecil berkebun ini. Arwah atok dan arwah nenek (moyang Hafiz) pasti berbahagia melihat hasil tanaman dan usaha mereka dinikmati cucu-cicit.

Alhamdulillah.

Dan Al-Fatihah untuk mereka.

Kebun Kak Kiah Jamban Kait pulasan Hasil Mengutip hasil





0 comments:

Post a Comment

My Instagram