Sekeping Gambar Seribu Makna

Bak kata Yuna, setiap gambar ada ceritanya. Pasti. Cerita-cerita ini akan membentuk kenangan pada masa mendatang. Walaupun hanya ada satu, berpeganglah pada kata sekeping gambar seribu makna.

Hari Sabtu, 3 Ogos 2019 mencatat satu lagi sejarah dalam hidup selonggok Sharulnizam. Tak pernah terfikir yang saya akan mengajar seramai 18 manusia dalam satu kelas fotografi, anjuran Projek Tour Leader dan Kofnikel. Kalau sebelum ini, saya hanya lebih selesa dengan kumpulan kecil seramai dua atau tiga orang, namun hari itu saya sudah mencabar diri keluar dari kelompok kebiasaan.

Ilmu terlalu banyak untuk kita "bolot" seorang diri. Jadi apabila ditawarkan peluang untuk berkongsi, saya terima dengan perasaan berani-berani takut.

Bersediakah saya?

Cukupkah ilmu saya?

Bolehkan "pelajar" saya faham apa yang saya mahu sampaikan?

Soalan-soalan ini datang bertubi-tubi, kerana sentiasa ada dalam ruangan hati saya yang merembeskan hormon keraguan, bahawa saya masih belum cukup ilmu untuk mengajar.

Sungguh!

Namun apabila masing-masing menyatakan ada yang dari tak tahu menjadi tahu, dan mampu mengaplikasikan apa yang diajar, saya perlahan-lahan kembali yakin diri. Ada perubahan dari satu tahap, kepada satu tahap yang lain.

Daripada beratus-ratus keping gambar yang dirakamkan hari itu, yang satu ini sangat memberi makna kepada saya.

Sekeping gambar seribu makna.

Makna yang begitu berharga. Bukan hanya kerana kejayaan mengadakan kelas itu, tetapi lebih kepada kesan yang diperoleh diri sendiri.

Terima kasih, kawan-kawan.


Sekeping Gambar Seribu Makna



Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Ogos yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#augustblogpostchallenge #augustwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #6 : Kongsi gambar dalam galeri telefon anda dan ceritakan tentang gambar itu.






0 comments:

Post a Comment

My Instagram