[Ulasan Buku] Rakyat Stereng Lawan Gawat Oleh Mimi Salleh

1.
Buku ini keluar tepat pada masanya, di waktu ekonomi negara sudah sedikit terganggu penangan serangan Covid-19.

2.
Mimi Salleh bercerita tentang anekdot perbualan beliau dengan pemandu Grab (dan e-hailing yang lain), yang rata-ratanya membuat kerja ini sebagai sumber penambahan pendapatan.

3.
Mereka inilah yang dipanggil rakyat stereng.

4.
Saya suka format penceritaan yang ringkas dalam setiap anekdot, tetapi impaknya jelas dan mudah difahami.

5.
Dimulakan dengan ayat perbualan "dah lama buat Grab?", penulis kemudian mengorek cerita-cerita menarik yang boleh diperkongsikan dengan orang lain.

6.
Penulis berpengalaman luas dalam dunia kewartawanan, jadi agak mudah untuk beliau mencairkan suasana. Kalau dibaca pada setiap anekdot, isi perbualan berbeza-beza dan merangkumi banyak topik. Perniagaan, perubatan, seram dan macam-macam lagi.

7.
Mimi bijak mengaitkan topik perbincangan dengan keadaan semasa, mahu pun pengalaman peribadi. Jadi pembaca akan dibawa "keluar" dari buku untuk sama-sama berfikir.

8.
Saya suka dengan ayat penulis dalam anekdot ke-5; Pemandu CEO. "Hari ini setiap aset dan kemahiran yang kita ada harus digunakan secara efisien" yang membuatkan saya tertanya-tanya, apa ROI yang saya dapat dari segala ilmu, kemahiran, gajet yang sudah saya laburkan?

9.
Saya sudah selesa dengan hidup "makan gaji" dan patuh pada perintah dan kehendak majikan. Semuanya rutin. Sepatutnya saya sudah mula membuat sesuatu yang saya suka, dan mendapat pulangan daripadanya. Tak kisah dalam bentuk material, ataupun kepuasan. Hidup terlalu pendek untuk memuaskan orang lain, tapi kemahuan sendiri ditolak ke samping.

10.
Insya-allah. Akan saya usahakan. Terima kasih "Rakyat Stereng Lawan Gawat" yang mengingatkan.

#sharulmembaca
#malaysiamembaca


Rakyat Stereng Lawan Gawat Oleh Mimi Salleh






Reactions

Post a Comment

0 Comments