Lenguh

Semalam hari menggerakkan tulang belulang. Betul punya gerak, sampai lenguh satu badan.
Anak menantu Haji Mohamed Yusof ramai2 gotong royong bersihkan keliling rumah. To be precised, tebang pokok! Yang lelaki je la. Yang pompuan cam biasa, masak memasak.

Belakang rumah kami (rumah aku, kak ijah, kak wati ngan abang imi sederet), ada kawasan terbiar. Banyak la pokok2 getah, jering yang tinggi melangit. Tanah tu memang takde yang empunya, dengar2 sangkut kat bank. So, takkan nak expect orang2 bank datang menebas. Memang kami adik beradik ipar duai je la selama ni yang "kemas" kan tanah tuh. Takde la semua, yang mana mengancam keselamatan kami je la. Heehehe!

Banyak jugak la yg tumbang. Untuk aku, yang memang jenis bekerja tak pernah keluar peluh, yg tak banyak guna kederat fizikal banding ngan abang2 aku, ditugaskan tebang pokok2 kecik. Pastu bila tebang pokok besar, aku jadik tukang tarik tali (ikat kat pokok). Ahahahah! Baru padan muka aku! Tapi takpe, sedar la jugak ngan kemampuan diri, ye tak? Kalau rasa nak tebang pokok besar, kena la ada body yg kuat & besar. Takat perut jek besar, mana leh pakai. Ahahah!

Pikir2 balik, bila dikaitkan dengan kes tebang pokok nih, ada jugak la pengajaran dia. Kui! Kita takleh la pikir kita ni bagus sangat. Cam aku ngan adik beradik pun cukup la. Kalau aku pikir aku yang paling bagus antara semua (sbb aku je yg masuk universiti, kerja pejabat ber"ekon"), tak boleh aman hidup aku adik beradik. Aku perlukan abang2/kakak2 aku dalam hal yg bukan bidang aku. Sama jugak dengan dorang, kalau ada isu2 nak berurusan dengan hal2 formal, dorang rujuk aku.

Kui!

Masa makan lah yang paling best. Memula cucu2 yg makan. Cam biasa lah, mak bapak la kena layan. Haris ngan Hanim pun join. Dah habis bebudak tu, kaum bapak lak makan. Berpeluh2 memasing dok mengunyah ikan pari bakar, gulai siput, ikan sambal, ayam goreng ngan sambal belacan Puan Kamilah. Kui! Pengabisan, kaum ibu penutup tirai.


Tercabar
Kerja menebang pokok2 kecik tak la "sehebat" mana. Ye lah, memang la "sesuai" ngan kemampuan diri. Tapi, gua sentap la jugak. Ahahah! Tercabar balar gua punya ego. Darah kat liver gua cam meleleh-leleh, sadis wooo. Cam kena "hina" jek. Oleh itu, gua nekad. Gua nak prove something, bukan kat abang2 gua, tapi kat diri gua sendiri. Lalu, dengan semangat yang penuh membara di dada, gua pegi kat abah gua.

"Abah, Ijam nak pakai mesin rumput nih".

Gua ngan poyonya gi jumpa abah gua, mintak nak guna mesin rumput dia. Bukan mesin yang main sorong tuh, tapi yang jenis galas kat belakang tuh.

"Hoh? Pakai la".

Abah jawab ngan muka ala2 terkesima ngan tindakan luar tabi'i anak ke-empat dia ni. Kui! Lek abah, yakin lah pada kederat anakmu ini. Akan ku buktikan aku jua mampu membuat kerja2 ini, selain dari hanya mengetuk2 keyboard di hujung jari jemari. Miahahah! Gua pun ngan muka yang penuh rasa teruja, berjalan mampir ke pondok, tempat abah letak mesin tuh.

Errr... jap! Gua mana penah mesin rumput sebelum nih. Camana nak idopkan enjin dia, ek? Huuu.. Abah cam reti2 jek bila tengok aku cam terkial2 tapir carik button ON kat mesin tuh. Abah datang, zrass dia tarik starter mesin. Oo... main tarik ke, ingat ada button ON cam laptop aku. Miahahah! Dosh!


Keterujaan yang memudaratkan
Waaa... syiok jugak ek main mesin nih. Kiri kanan kiri kanan aku tebas segala lalang, pokok bunga, pokok lidah buaya, anak pokok rambutan dan segala apa benda yang ada kat laluan aku. Ahahaha! Biasa la, ametur lagi. Mana nak reti control benda alah tu. Pastu aku try lak "alter" rumput carpet kat laman depan umah. Pergh! Best jek tengok rumput2 yang panjang tu kena tetak.

Bila dah lama tu, aku berenti jap. Nak tengok balik "hasil kerja" aku. Aduss! Hancur aku punya laman. Tobek sana, tobek sini. Nasib baik laman aku sendiri, kalau laman orang lain, mau kena saman RM 5 juta. Ahahah! Tapi takpe laa... buat permulaan.

Tapi yang aku tak expect, badan jadi letih sangat guna mesin nih, especially tangan. Aduh laaa... immediate pulak tu dia punya kesan. Tangan kiri la yg paling terasa, sebab jadik tukang hayun mesin dari kiri ke kanan. Bangun tido pagi tadi pun, pergh.. lagi terasa. Nak pakai baju pun cam lembab jek.

Letih memang letih. Sengal memang sengal. Tapi hari ni still kena kerja. Minggu depan pulak dah nak start balik sekolah. Aduh!

Lenguh!





Reactions

Post a Comment

0 Comments