Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi

Akhirnya kami berjaya juga membawa kereta masuk ke Langkawi menggunakan khidmat Roro Ferry yang berpangkalan di Kuala Perlis. Kami mengambil keputusan untuk balik kampung menaiki kereta sampai ke pulau atas beberapa faktor.

  • Covid-19 masih berleluasa. Jadi kami tak mahu bersesak dengan orang ramai menggunakan feri biasa. 
  • Kapal terbang pula saya agak khuatir dengan jadual penerbangannya. Banyak saya baca penerbangan dibatalkan atau ditunda dan tuntutan pampasan juga banyak karenah.
  • Kos. Tak jauh sebenarnya beza harga membawa masuk kereta dengan feri, atau menaiki feri biasa. Saya tunjukkan perbandingan harga di bawah.


Langkawi Roro Ferry

Ada beberapa perkhidmatan feri yang membawa kereta keluar masuk Langkawi, dan Roro Ferry adalah antara yang terawal. Untuk membuat tempahan, boleh ke laman web Roro Ferry, atau seperti saya terus saja berurusan menggunakan aplikasi Whatsapp. Lebih mudah dan pantas.

Laman web Roro; http://www.langkawiroro.com/

Nombor Whatsapp; https://wa.link/fgwpia atau +60 19-574 3881

Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi


Perbandingan Harga 

Di bawah ini ialah perbandingan harga yang saya buat antara pilihan membawa kereta masuk ke pulau, atau pun parkir di jeti Kuala Perlis dan masuk ke pulau menggunakan feri biasa.

Perbandingan ini mengambil kira faktor yang berikut;

  1. Penumpang seramai 6 dewasa, 1 kanak-kanak.
  2. Kenderaan MPV 2.0 (Nissan Serena)
  3. Tempoh perjalanan/percutian selama 5 hari 4 malam.
  4. Perjalanan bermula dari tol Jalan Duta sehingga Tol Jitra (pergi balik).
  5. Duit tol dan minyak adalah anggaran mengikut jenis kenderaan

Saya juga membuat perbandingan sekiranya mahu memilih untuk meninggalkan kereta di jeti Kuala Perlis. Harga parking terkini saya tak pasti, itu berdasarkan harga 3-4 tahun lepas. Harga sewa kereta juga berdasarkan harga waktu puncak (lebih kurang).


Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi


Harga setiap perkara boleh jadi berbeza dari masa ke semasa.

Untuk senarai harga tambang feri, boleh rujuk pada carta di bawah. Ini adalah rakaman pada 22 Disember 2020.



Pengalaman Menaiki Feri Roro

Terus-terang, saya sedikit gugup. Walaupun ini bukan kali pertama menaiki feri dengan kereta, rasa risau itu tetap ada. Tak pasti sama ada pengalaman menaiki feri di Pulau Pinang beberapa kali sebelum ini akan memberi perasaan yang sama. 

Memang sama! Tak banyak beza pun. Ini yang kami tempuhi sepanjang perjalanan. 

  1. Seperti arahan, penumpang perlu berada sejam lebih awal sebelum waktu berlepas. Setiap penumpang perlu dapatkan surat untuk rujukan pihak kastam dari pejabat Roro. Pejabat ini kecil saja, betul-betul di pagar masuk ke masjid di Kuala Perlis. Sewaktu balik pun, surat yang sama perlu diambil dari pejabat Roro di Dermaga Tanjung Lembung. 
  2. 30 minit sebelum berlepas, penumpang sudah boleh bergerak masuk ke kapal. Tak perlu terburu-buru kerana penumpang kenderaan dari Langkawi akan keluar terlebih dahulu. 
  3. Proses penyusunan kenderan sangat teratur. Ramai kru kapal yang akan memberi arahan supaya kereta disusun teratur dan kemas. 
  4. Untuk masuk/keluar dari feri di jeti Kuala Perlis, perlu berhati-hati dan perlahan terutamanya keret yang lowered. Kena sagat senang je. 
  5. Saya kira mungkin sekitar 30-40 kenderaan boleh dimuatkan dalam satu-satu masa. Paling besar yang saya nampak hari tu, lori kecil. 
  6. Selesai meletakkan kereta, penumpang boleh naik ke tingkat 2 untuk duduk di ruangan yang lebih selesa. Berhawa dingin, ada jualan dan juga surau. 
  7. Kalau mahu bergambar dan melihat pemandangan laut lepas, boleh naik ke tingkat 3 yang tidak berbumbung. 
  8. Tangga terletak di bahagian luar kapal, jadi orang gayat macam saya memang bermasalah nak turun naik. Heh! 
  9. Feri sangat stabil, tak begitu terasa alunan ombak yang bisa membuat mual perut. Sesekali ada juga, tapi tak lama dan tak ketara.
  10. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Insya-allah, kalau tak ada halangan (seperti hujan), feri sampai tepat pada waktunya. 


Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi
Pemeriksaan kastam di Dermarga Tanjung Limbong, Langkawi


Ini memang pengalaman baru bagi kami dan tak mustahil, selepas ini kami akan memilih perkhidmat feri Roro (atau yang seangkatan) setiap kali kami balik ke kampung 

Insya-allah.









Reactions

Post a comment

0 Comments