3 missed calls. 2 messages.
Panggilan semuanya dari Ummi. Syah lah tuh. Nnt call balik. Baca pulak mesej. Dari Ummi juga.
Mesej 1; 12:12pm Mak Lang dah tenat
Mak Lang, kakak kepada abah. Anak yang ke-3 dari 6 adik-beradik. Abah yang ke-5. Aku tau Mak Lang sakit, tapi tak tau pulak Mak Lang masuk hospital. Lagi terkejut katanya dah nazak.
Mesej 2; 1.31pm Mak Lang dah meninggal tengah hari tadi
Aduh! Aku terkilan. Sekali lagi. Semasa arwah Pak Lang meninggal dulu, aku di utara. Masih belajar. Kali ni mak lang, aku masih tak berkesempatan.
Kalut memandu pulang. Jam 7 baru sampai ke rumah arwah. Segalanya dah selesai. :(
Untuk mak lang, Hajjah Fatimah bt Haji Darip, semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
Al-Fatihah
0 Comments