TGONTG - Versi Bibik Ep 1

12 Oktober, 8.30 malam. Di rumah.

"Oi tak dengar ke? Buat kan roti bakar Haris tu! Dari tadi lagi budak tu mintak buat tak tau je!"
"Ya saya sedang gosok baju"
"Siapa nak pakai baju malam2 ni? Tak boleh berenti kejap? Menjawab pandai!"

Tu lah pencetusnya. Haris mintak dibuatkan roti bakar, tapi tak dilayan. Aku yang mmg dalam keadaan panas hati, macam kena simbah minyak RON95. Terus terbakar hangus. Kata2 aku tak habis kat situ je. Aku terus membebel. Takleh nak control, terus aku ungkit semua salah silap dia. Rasukan syaiton nir rojim! Tapi takde lah sampai mencarut. Takde la sampai menghina.

Dan seingat aku, ini first time aku menyinga betul2 pasal kerja dia. Sebelum ni aku marah pasal memang dia betul2 buat silap, silap yg besar. Tapi dari segi kerja, seingat aku selama setahun setengah bibik ni kerja, ini lah yang pertama. Seingat aku lah.

Mood nak buat kerja terbantut. Terus mintak belaian manja isteri terchenta. Menenangkan diri. Sang isteri cuba menyiasat. Tengok2, bibik sudah keluarkan beg besar.

"Bibik nak balik kampung ke?"
"Tak!"

Lepas lebih kurang setengah jam. Isteri menjengah lagi ke bilik bibik. Kali ni sudah 2 beg yang dah dikeluarkan.

"Bibik ada apa2 nak cakap dengan saya?"
"Bapaknya marah sangat"
"Dahtu bibik rasa camana?"
"Ya, mau balik Indon saja"
"Ok. Kemas barang, esok saya hantar ke ejen"

Bibik terkulat. Takde pujuk2 pun dari majikan. Malam ni, jadi lah malam terakhir. Bapaknya tersenyum puas. Seperti senyumnya Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku. Setan gondol telah beroleh kemenangan yang pertama!

Wuu huuuu!






Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. ohh kisahnya...

    'roti bakar tak mahu buat...saya bakar kepala kamu mahu?'

    kah kah kah
    macam² hal bibik nih..

    ReplyDelete
  2. erkkkk..isteri terchenta pun terkejut lihat bapak amuk..erkkk..speechless trus!

    ReplyDelete