TGONTG - Versi Bibik Ep 3

Selasa, 13 Oktober 2009. Jam 3 petang.

Aku, Syah ngan bebudak ke pejabat ejen. Mahu selesaikan segala urusan yang patut. Mahu tuntut hak yang patut. Syah awal2 dah pesan suruh aku control. Control amarah. Lebih bertenang, supaya perbincangan boleh berlangsung dengan baik. Insya-allah.

Kami ke bilik Puan Fadhilah. Orangnya lembut, mudah dibawak berbincang. Seingat kami, tak pernah dia tolak permintaan atau apa2 aduan kami sebelum ni. Semua dilayan dengan baik. Memang sepatutnya begitu. Untuk bisnes yang macam ni, customer service perlu tip-top.

Puan Fadhilah kata mahu berbincang 3 pihak bertentang mata. Pihak ejen, majikan ngan bibik. Memang dah dijangka, memang pun aku nak makcik tu ada sekali. Nak tau jugak apa yang dia nak kata.

Mula perbincangan je aku dah sanggah. Ahahah! Memang poyo, tapi aku kena pastikan Pn Fadhilah tau yang bibik tu berhenti atas kemahuan sendiri, bukan disuruh, bukan dihalau. Sebab dari pemahaman Pn Fadhilah kami yang berhentikan dia. Aku explain, ceritakan dari awal. Sesekali Pn Fadhilah mintak kepastian dari bibik. At last, memang confirm bukan majikan yang break the contract!

Segala pekung terdedah. Rasa malu pun ada, ibarat menjaja masalah keluarga kat orang luar. Tapi perlu untuk mencari jalan penyelesaian. Hujung perbincangan, aku buat keputusan muktamad. Aku memang tak nak bibik tu kerja lagi dengan aku. Biar lah dia nak balik. Terang lagi jelas aku cakap kat Pn Fadilah, aku tak mau. Tapi keputusan mesti keputusan bersama antara aku ngan Syah. Jadi, lepas aku cakap apa kemahuan aku, aku tambah;

"Saya memang tak nak dah dia ni puan. Tapi, saya bagi keputusan terakhir atas tangan isteri saya. Saya kesiankan kat dia nanti. Biar dia yang buat keputusan."

Memang pun kesian kat Syah. Keadaan memang jauh berbeza kalau takde maid. Lagi2 kalau dalam keadaan megejut. Takde persiapan rapi. Takde tempoh persediaan. Walaupun "backup plan" ada, perasaan kurang selesa pulak mungkin wujud.

Syah dah berkira2 nak menjawab. Tapi Puan Fadhilah mengarah ke bibik.

"Kamu sudah dengar tadi, majikan lelaki sudah tidak mau kamu bekerja lagi. Sekarang terpulang antara pihak kamu dan puan."
"Saya mau balik."
"Kamu mau pulang ke kampung?"
"Ya, saya mau balik ke Indonesia"

Aku tak terkejut. Cumanya aku rasa ego makcik ni tinggi. Dah memang terbukti punca segala masalah ni dari dia, silap dan salah dari dia. Hanya disebabkan kes roti bakar, ego dia melambung melangit tinggi. Kalau ikutkan, majikan la yang patut "berkuasa" dalam situasi ni. Ini tak. Bagi dia, majikan "buat perangai" itu salah, dia buat perangai tu betul! Memang spesis tak tau bersyukur!

Cuma Syah agak terkilan. Jangkanya kalau bibik mengaku salah dia, minta maaf pastu nak kerja semula, Syah sanggup bagi peluang kedua. Tapi tak. Ego! Cukup ego! Aku rasa dia tetap rasakan dia tu yang betul!

Keputusan sudah jelas. Pn Fadhilah terangkan consequence nya satu persatu. Disebabkan dia yang break the contract, dia lah yang kena. Padan muka. Selama bekerja setahun setengah, alih2 bawak balik duit dalam RM700 je. Tolak denda itu, denda ini, bayar itu bayar ini. Duit dia kami bagi semua. Sesen pun tak potong, walaupun kami ada "hak" nak potong gaji dia.

Itu lah kesudahannya. Kami balik dengan rasa bercampur baur. Lega, marah, geram semua ada.






Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. rasanya kena buat episod baru ni....
    cerita sket beb kes terbaru...aku tumpang simpati.

    ReplyDelete
  2. abg sharul..baca kisah bibik abg sharul ni mmgbikin wa panas la.
    pernah terjadik kat bibik sy gak camgitu. orang indon ni mmg kan..tak sedar diri.
    Kisah bibik sy sama gak la. one sweet weekend, hubby beli ikan keli hidup. balik suh dia siang. sekali jamarl pegi kat dapur, darah ikan keli tu berselarak kat lantai dapur cam satu pembunuhan telah berlaku. so, en jamarl ni pun naik berang la...apesal tak siang ikan tu kat luar...abih dinding & lantai penuh ngan darah. first time jugak en suami naik berang kat bibik. sebelum tu, bibik penah terbakarkan baju mahal sy, pecahkan cermin almari etc.tak penah kena marah or tolak gaji. so, malam tu si bibik tu call suaminya nangis nak balik. tak sanggup lagi keja.. huhu..padahal baru ja kena marah sikit kerana kesalahan bodohnya tu..
    masa tu en suami sy takde..so sy tanya dia, betul nak berenti..? dia cakap tak sanggup rindu anaknya n suami...dia hanya nak kerja setahun n nak balik for good.baiknya sy, sy bagi dia pikir 3 hari. selepas 3 hari dia cakap dia hanya nak kerja 1 tahun, masa tu dia baru keja ngan saya 5 bulan. so sy cakap...packing malam ni, sy nak hantar ke agen. sy pun tak mo tgk muka dia.kena marah sikit dah cengeng..tak yah tunggu setahun.esok pagi balik ke indon peluk laki kamu tu. pehtu sy mintak dia bayarkan balik bd600 kos sy amik dia aritu sebab dia breach contract. dengar jer statement camgitu, terus dia berubah pikiran. hahaha...nangis tak mo kena hantar balik. nak kerja sampai 2 tahun. huhuhu...benci tul aku..so, sy bagi peluang kedua...jgn buat lagik..dia bagi alasan dia ta ksihat aritu...bapak dia..tak sihat bgtau la majikan..kitaorang bukan kejam nak suh dia keja kalu sakit. sakit la sangat...sakit nak tutttt ngan laki dia kot.dah cukup baik kami badia call to indon seminggu sekali untuk lepaskan rindu ngan laki n anak dia.
    so sekarang..dia agak ok...ngan sy tak berapa takut...more on friendly la kot (jamarl suh sorang tegas, sorang linean)....wpun sy tak suka camtu...huhuhu....ngan jamarl dia mmg takut la.. so sekarang nampak ada perubahan. in term of kerja...mmg ok...tapi bab menjawab..mmg serah la kat orang indon...
    ni dia mintak nak balik cuti seminggu. huhuhu..
    hehehe..panjang kan comment sy..

    ReplyDelete