Haris yang hebat!

Haris dah dapat keputusan peksa. Peksa pelarasan II Hari Isnin ari tuh dia bawak balik paper BM ngan English. Alhamdulillah. Memberangsangkan. Cuba tengok apa yang dia buat silap, "careless mistake" katanya.

Hari Rabu Haris bawak result Math dengan Pendidikan Kesihatan. Haris dapat 100% tu untuk PK, dia cukup bangga la. Tapi abah dia tak pandang sangat, sebab abah dia dulu masa kat sekolah paling tak suka kelas pendidikan jasmani nih. Ahahahah!

Result Math Haris dalam ujian-ujian sebelum ni agak cemerlang. Tapi kali ni keputusan agak merudum. Turun gred tu. Dari A turun ke B. Aku check la paper tu, mana yang dia buat silap. Bila tengok, rasanya masa belajar/latihan, ada je buat latihan soalan-soalan yang lebih kurang. Aku belek lagi. Memang sah sama. Aku baru nak tanya Haris, kenapa dia tak boleh jawab, aku baru perasan. Soalan peksa kali ni semua dalam Bahasa Inggeris. Aduh! Patut lah mana yang tambah jadi kurang, yang kurang jadi tambah. Dia tak tau lah tuh. Aku pulak dok mengajar pakai BM je. Hampesh! Lesson learnt; kena ajar dwibahasa la pasnih.

Camana la boleh terlupa polisi pembelajaran dwibahasa kerajaan Malaysia nih? Haaaiiihhh!

Semalam, Haris bawak paper Jawi (Pendidikan Islam). Masa exam ari tuh, dia ada cakap dia tak tau nak jawap. Malam sebelum exam tu, aku bulih selamba tertidur masa dia study tuh. Aku tanya lah kat dia, berapa markah dia dapat. Dia kata 46. 46? 46 per berapa? Dia tak paham "per" tu apa. Adeh!

Aku tunggu Haris balik. Dia buka puasa kat umah nenek dia. Balik tu, aku mintak kertas peksa tu. Oh tidak! Per seratus. Kenapa teruk sangat? Aku tak marah Haris, cuma aku rasa soalan tu agak direct, kenapa Haris takleh jawap. Contohnya, soalan match kan gambar dengan perkataan. Dari 10, 2 je betul. Aku suruh Haris eja perkataan no 1;

"Ro alif ga wau"

Betul. Dia kenal huruf.

"Haaa.. Bunyi dia apa?"

"Rogawa!"

Aduh. Rogawa la pulak. Konfiden pulak tuh.

"Bukan rogawa la bang, RAGU".

Huuuu.. Satu lagi masalah dikesan. Haris konfisu dengan ejaan jawi dengan ayat alquran. Pepandai je letak tanda baris, tu yang jadi rogawa tuh! Huuuu..

Banyak nak kena baik pulih nih! Hopefully masih boleh diatasi sebelum periksa final nanti.

Come on Haris! Haris hebat! You can do it! Err.. kasi kalah sama anak acik Indon tuh, bleh?!





Reactions

Post a Comment

0 Comments