Melawat Ladang Anggur Di Sik, Kedah

Melawat Ladang Anggur Di Sik, Kedah

Hari ni cuti-cuti Malaysia dah mula. 

Berbaki cuti 1 hari dihujung tahun, digunakan sebaik mungkin. Alang-alang cuti Awal Muharam hari Selasa, mintak cuti hari Isnin, dapat lah penuh 4 hari.

Hari ni, singgah di Sik. Rumah adik jadi perhentian. Dari jam 7.30 am, jam 3 pm baru sampai. 

Letih, cuaca mendung. Tapi keterujaan nak tengok ladang anggur sudah membuak-buak. Lepas berehat mengisi perut, terus ke Tasik Beris. 

Saya teruja. Kali pertama melihat anggur tergantung dipokoknya. Kaler purple, kaler hijau.

Wow!






Reactions

Post a comment

0 Comments