Berenang

Haris dengan trainer nya
Renang. Agak asing pada keluarga aku. Rasanya takde sorang pun yang pandai berenang dalam susur galur keluarga aku. Keluarga Syah mungkin ada, kalau kira faktor kedudukan tempat tinggal lah. Duduk keliling laut.

Aku pulak dah lama berhajat nak belajar renang. Masa kat U dulu sempat belajar ngan kawan-kawan. Bayar RM 1, dapat la main-main air kat kolam renang U. Ehehehe! Main-main pun, takat nak berenang free style tu boleh la kayuh.

Ingat hajat tu nak diteruskan bila umur dah tua ganyut nih. Tapi pikir-pikir balik, elok lagi hantar Haris.

Sudahnya aku hantar Haris ke kelas renang di UIA. Kelas permulaan, RM 120 untuk 4 sesi. Pengajarnya student (bekas) UIA sendiri. Aku pilih UIA sebab dekat dengan rumah. Bila-bila masa aku boleh datang untuk bawak Haris berlatih. Kononnya lah.

Setakat ni, Haris ok je. Yang penting, "takut" air tu memang takde. Dia tahu kolam tu dalam, tapi takde hal. Semenjak dah belajar, dia boleh menyelam berlatih nafas dengan konfiden. Ye lah, walaupun berlatih tepi kolam je, konfiden tetap ada.

Itu yang sebenarnya aku nak Haris belajar. Konfiden. Haris orangnya agak reserve. Bergaul hanya bila kenal. Nak memulakan komunikasi, Haris biasanya lambat "panas". Aku pulak yang panas bila tengok dia buat dek je bila jumpa kawan-kawan. Kawan duduk sebelah kat dalam kelas pun lepas seminggu sekolah baru tau nama. Sadis.

Hopefully renang ni boleh develop skill Haris. Kedua-dua mental dan fizikal. Dan juga, boleh memberi inspirasi kepada bapak Haris yang semakin hari semakin subur lemak-lemak tepu di seluruh anggota badan.





Reactions

Post a Comment

0 Comments