Tapi tidak untuk pagi ni.
Si bongsu, pun ada baring di sebelah. Yang sorang nih, memang dah tetap jadual bangun tidur tiap hari, time subuh tu dia dah berjaga dah. Jadi, sambil berbaring-baring, bergolek-golek, sempat lah menyembang.
"Adik, hari ni adik kena pakai kasut ke, selipar je pergi sekolah?"
Sekolah Hanis tengah sibuk nak berlatih untuk hari sukan. Cikgu dah pesan suruh pakai kasut sebab ada aktiviti luar kelas.
"Anish lupa lah cikgu cakap apa. Kena pakai kasut ke, selipar?"
Diam.
"Takyah pegi sekolah lah abah. Anish tak ingat lah".
Bertuah!
0 Comments