Bergosip di hari Jumaat sebelum ke masjid.

Masa makan tengah hari sebelum  ke masjid Jumaat sudah, ada sorang brother mencelah kat meja kami. Meja lain dah penuh. Kami okay. Maklumlah, tatasusila kemelayuan tu masih menyerlah, beradab bila orang mintak izin.

Kami terus makan.

Sambil-sambil makan, sambil-sambil tu menyembang. Perangai huduh. Tapi dah memang terbiasa, nyembang masa makan. Sembang lak tu pasal isu drama di tv tempatan.

Lagho.

Aku sembang pasal siaran baru Al-Hijrah. Sebelum ni, siaran Al-Hijrah ni kat umah aku dapat siaran bintik-bintik je, tapi semenjak dah di Astro kan, baru lah sedap nak melayan. Aku "promote" cerita yang kami laki bini dok layan tiap hari Rabu - Jumaat kat channel 114.

Kitab Cinta.


Aku sebenarnya harapkan cerita Kitab Cinta ni lari sikit dari streotype cerita Melayu kat tv sekarang. Kalau dari segi tajuk, aku letak harapan cerita ni mungkin ada iras-iras cerita Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, filem dari Indonesia. Kisah cinta, tapi berlatarkan landas Islam yang sangat cantik. Tapi tak. Kitab Cinta bagi aku takat ni lebih kepada cinta, bahagian kitab nya kurang. Pandangan aku lah. Takpe lah. Masih boleh lagi dilayan.

Dan, masa tengah rancak berbual ni lah brother yang mencelah tadi, tumpang menyelit lagi;

"Bang, sorry lah mencelah. Abang ni orang production ke?"
"Eh! Takde lah...."

Dan bermula lah perbualan kami. Silatarrahim terjalin, tetapi pengisian sesi suaikenal tu sangat lah merimaskan. Rupanya brother ni, ada sikit banyak terlibat dengan produksi drama tempatan. Dan bermula lah sesi umpatan berkaitan artis-artis tempatan, terutamanya yang perempuan. Diceritakan pasal yang mana akhlak buruk, yang mana manja, yang mana menggeletis, yang mana menggoda, yang mana plastik. Pusat karaoke mana yang mahal. Gambar-gambar mesra dengan artis yang entah siapa (kecuali Fasha Sandha, aku memang cam muka itu! Eheheh!) ditunjukkan.

Aku rimas. Kami rimas.Tak siapa antara kami menunjukkan minat. Brother tu sudah-sudahnya perasan jugak kami tak berminat, dan dan tu cuba tukar topik pasal kerja. Kami respon. Tapi kemudiannya kami kembali rimas. Dia cerita pulak onar yang dibuat masa bekerja dulu. Aduh!

"Allah Akhbar.. Allah Akhbar..."

Dengar je azan dari masjid, kami terus bangun. Tanpa bersalam-salam, tanpa toleh-toleh. Hilang sudah adab, sepertinya hilang pahala lewat ke masjid kami hari tu.

:(





Reactions

Post a Comment

1 Comments