Dari
Gua Buaya ke sangkar ikan, masih lagi melalui kawasan paya. Pemandangan sangat
cantik, kawasan paya itu pun bersih. Selalunya kawasan paya ada bauan hanyir,
di sini tidak. Ada juga ternampak plastik tersangkut sana sini, tapi masih
boleh dikira dengan jari. Ada juga kawasan yang ditebang dan dikorek untuk
dijadikan laluan.
Menghampiri kawasan sangkar ikan, mula kelihatan kapal-kapal persendirian parkir di tengah-tengah kawasan paya. Abau kata, kebanyakan tuan punya kapal ini berasal dari luar negara. Pilihan parkir yang ada; Awana Porto Malai (jeti untuk kapal layar, kapal Dato Azhar Mansor pun ada situ), Teluk Burau, Kuah; tuan punya kapal memilih kawasn ini untuk parkir di sini disebab kos yang jauh lebih murah. Sebulan dalam RM 300 kalau tak silap. Ada macam-macam saiz, ada macam-macam bentuk.
Sampai di jeti, kami terus memesan makanan tengah hari sebelum ke sangkar ikan. Macam-macam pilihan makanan laut segar. Dah namanya punsegar, harga pun agak menyegarkan mata juga lah. :) Ikan kerapu, RM 105 per kilo. Seekor boleh mencecah 800 gram lebih kurang. Ada udang, ketam, sotong.
Alang-alang dah sampai, sauk sahaja lah.
Selesai memilih menu, kami terus ke bahagian sangkar. Ikan-ikan yang ada di sini dibela untuk tujuan eksport. Selalunya ke China. Ada kerapu, jenahak, pari. Banyak lagi. Dari tepi sangkar itu, boleh nampak ikan-ikan yang ada. Besar-besar. Bila pekerja campakkan makanan, boleh nampak dengan jelas saiz ikan yang dipelihara.
Setakat tengok sahaja, bosan juga. Ya tak? Jadi, tuan punya tempat ini mengadakan aktiviti menyuap makanan ke dalam mulut ikan. Bukan sebarang ikan. Ikan pari! Ikan yang bersengat di ekor. Huuu... aku? Tak berani. Adik ipar aku pun entah berapa kali cubaan baru berjaya menyuap ke mulut ikan itu.
Tapi yang paling hebat tentulah Puan Kamilah saya.
Selamba!
Aku? Aku ditugaskan untuk mengambil gambar. Nanti kalau aku juga mahu pegang ikan, siapa pula mahu tolongkan ambil gambar. Lagi pun kena jaga adik Hanis. Kesian dia.
Ehehehehehe! Alasan.
Menghampiri kawasan sangkar ikan, mula kelihatan kapal-kapal persendirian parkir di tengah-tengah kawasan paya. Abau kata, kebanyakan tuan punya kapal ini berasal dari luar negara. Pilihan parkir yang ada; Awana Porto Malai (jeti untuk kapal layar, kapal Dato Azhar Mansor pun ada situ), Teluk Burau, Kuah; tuan punya kapal memilih kawasn ini untuk parkir di sini disebab kos yang jauh lebih murah. Sebulan dalam RM 300 kalau tak silap. Ada macam-macam saiz, ada macam-macam bentuk.
Hole In The Wall - Restaurant & Fish Farm
Hole In The Wall, nama tempat sangkar ikan yang kami singgah seterusnya. Sebenarnya banyak pilihan sangkar ikan yang ada sepanjang perjalanan naik bot ini. Kami pun sudah lupa kenapa restoran ini yang menjadi pilihan.Sampai di jeti, kami terus memesan makanan tengah hari sebelum ke sangkar ikan. Macam-macam pilihan makanan laut segar. Dah namanya punsegar, harga pun agak menyegarkan mata juga lah. :) Ikan kerapu, RM 105 per kilo. Seekor boleh mencecah 800 gram lebih kurang. Ada udang, ketam, sotong.
Alang-alang dah sampai, sauk sahaja lah.
Selesai memilih menu, kami terus ke bahagian sangkar. Ikan-ikan yang ada di sini dibela untuk tujuan eksport. Selalunya ke China. Ada kerapu, jenahak, pari. Banyak lagi. Dari tepi sangkar itu, boleh nampak ikan-ikan yang ada. Besar-besar. Bila pekerja campakkan makanan, boleh nampak dengan jelas saiz ikan yang dipelihara.
Setakat tengok sahaja, bosan juga. Ya tak? Jadi, tuan punya tempat ini mengadakan aktiviti menyuap makanan ke dalam mulut ikan. Bukan sebarang ikan. Ikan pari! Ikan yang bersengat di ekor. Huuu... aku? Tak berani. Adik ipar aku pun entah berapa kali cubaan baru berjaya menyuap ke mulut ikan itu.
Tapi yang paling hebat tentulah Puan Kamilah saya.
Selamba!
Aku? Aku ditugaskan untuk mengambil gambar. Nanti kalau aku juga mahu pegang ikan, siapa pula mahu tolongkan ambil gambar. Lagi pun kena jaga adik Hanis. Kesian dia.
Ehehehehehe! Alasan.
Ikan Siakap, Sotong Dan Udang Untuk Makan Tengah Hari
Bila sudah puas main dengan ikan, kita makan ikan itu. Hihihih! Makanan yang dipesan awal tadi pun sudah siap. Apa lagi yang ditunggu, perut pun sudah lapar.
Jom makan!
Tambah satu jag Fresh Orange, total keseluruhan RM 140. Worth it? Agak kurang memuaskan sikit, sebab masakannya tak berapa mengancam. Air oren agak masam dan lebih kepada rasa jus oren biasa, kerabu mangga agak terlalu masam, sotong goreng tepung berminyak, udang masak kunyit agak baru bagi tekak aku. Dari 5 bintang, aku bagi 2.5 je. Eheheheh!
Ingat! Ini entri tahun 2011 ya. Masa akan datang, mungkin sudah lebih baik. Wallahualam.
****************
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Menikmati Siakap Sweet Sour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Merentas Laut Andaman Dengan Kilim Geoforest Park, Langkawi
0 Comments