:)
Dan gua rasa, itu lah saat-saat akhir gua berbasikal. Berbasikal yang betul-betul basikal. Lepas tu, gua rasa kalau gua kayuh pun, kayuh basikal kat gym yang tak mesra alam tu.
Sampai lah umur dah kategori remaja pupus nih, gua mula rasa insaf nak carik aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan. Memang dah ada kawan-kawan yang dah berbasikal, tapi gua rasa kurang teruja. Gua prefer ke gym lepas kerja, senang.
Konon.
Gua takde disiplin. Pergi ke gym ikut mood. Jadi keluar peluh kat badan ni pun ikut mood jugak. Tak jadi. Walaupun jarang sakit, gua tau gua bukan jenis orang yang kesihatannya bagus. Tapi gua tetap rilek. Aktiviti nak mengeluarkan peluh ni, bukan lah kronik bagi gua.
Mensedihkan.
Pastu, ada pulak geng ajak main badminton. Gua join. Tapi tu lah, takat 2-3 kali main je. Pastu senyap sunyi.
Dan gua pun kembali kepada acara ke gym tanpa rasa ada keperluan yang jitu. Pergi gym sharekat, tak hip hop langsung. Sangat-sangat retro. Barang yang rosak lagi banyak berbanding dengan orang yang datang.
Tup tup, ada pulak yang mengajak berbasikal. Dah menjadik trend pulak sekarang ni orang berbasikal. Kalau sebelum ni orang gila main kamera, sekarang musim dah berubah. Rata-rata sana sini bercerita pasal basikal. Gua pun teruja.
Rancang punya rancang. Nekad punya nekad. Akhirnya gua terjebak. Minggu lepas, gua dah sambar satu basikal.
Raleigh Hydra |
Ehehehe!
Nanti gua cerita lagi. :)
0 Comments