Perghhh!
Bayangkan yang indah-indah, yang lagho-lagho saja. Walhal, kalau mengiikut penceritaan kawan-kawan aku yang sudah pernah sampai ke sana, pengalaman mereka itu bisa bikin rasa resah dan gelisah.
Biarkan!
Bila lagi mahu beradventure? Kalau mahu semuanya senang, kahwin lah dengan anak raja. Raja kayangan.
Ehhh! Katanya tadi mahu bercerita proses memohon visa ke India?
Baik.
Mula.
Proses Memohon Visa ke India
- Isi lah borang permohonan secara atas talian di alamat web di sini (https://indianvisaonline.gov.in/visa/). Semuanya online. Walau sudah mengisi borang yang dicetak rapi, kesudahannya tetap tetap kena isi borang online.
- Isilah form itu dengan seskema-skemanya. Contohnya kalau di passport tertulis nama "Sharul Khan bin Yusof Khan", di ruang "name" letak lah "Sharul Khan". Tapi di ruang "surname", sila lah letak "bin Yusof Khan". Ya! Perlu letak "bin" itu, kawan!
- Selesai mengisi borang, cetaklah borang itu menggunakan printer. Gunakan kertas A4 yang kosong depan belakang, bukan kertas recycle yang lu guna untuk print resipi berbuka puasa
ganti. - Kemudian, sediakan yang berikut;
- Gambar visa bersaiz 2 inci X 2 inci, sebanyak 2 keping. Gambar mesti berlatarbelakangkan warna putih.
- Salinan fotostat muka depan (yang ada details) passport
- Passport yang masih ada tempoh hayat 6 bulan sebelum nak ke lokasi, dan sekurang-kurangnya ada dua (2) muka surat yang masih kosong.
- Duit sebanyak RM 162.
- Sekarang sudah lengkap. Sudah boleh ke kaunter yang berdekatan. Boleh semak di mana kaunter berhampiran di http://www.indiavisa.com.my/. Ada cawangan untuk Kuala Lumpur, Penang dan Johor.
Itu sahaja. Kemudian perlu tunggu keputusan dalam tempoh 3 hari bekerja. Status permohonan boleh diperolehi secara atas talian di http://www.indiavisa.com.my/visa_status.php?page=0 (scroll ke bawah).
"Oh! Sebelum terlupa. Lu nak tau apa natijahnya kalau lu buat satu dan hanya satu kesilapan macam gua bagitau kat step 2 tuh? Ye, lu kena isi balik borang itu. Tapi, kalau lu dah sampai di kaunter, dan lu dah tak boleh tangguh lagi, lu sediakan aje lah RM 20 untuk mintak tolong staff kat kaunter tu isikan borang untuk lu.
RM 20 = isi borang online + print 2 helai kertas. BERBALOI sangat!"
Semoga berjaya!
0 Comments