Kempen

PRU 13 sudah semakin hampir. Memang panas. Saya sudah lali. Malah, sudah tidak hairan. Saya sudah tahu parti mana yang saya mahu undi. Hanya menunggu masa untuk dicatatkan di atas kertas undi. Semenjak layak mengundi, tidak sekali pun terlepas.

Kempen kecoh sana sini. Ada yang sudah berkempen dari tahun 2008 lagi. Di Malaysia, segala isunya ada politik. Politik sudah menjadi candu.

Dan semenjak akhir-akhir ini, hak privasi telefon bimbit saya sudah mula dicabul. Sudahlah dihantarnya mesej politik, bahasanya pula tunggang-langgang.




Semuanya nak diringkaskan, termasuk "Astaghfirullah". Isk! Astaghfirullahul azim.

Nombor yang digunakan, berbeza-beza. Sukar juga untuk saya menyerang balas. :) Paling tidak, mungkin saya "salinkan" nombor-nombor ini di dinding-dinding pintu tandas awam lelaki.

Eheh!

Pihak yang sebelah sini saya sudah dapat. Pihak satu lagi, tidak ada kah? :)





Reactions

Post a Comment

0 Comments