Kacang Rebus

Tadi ke pasar tani. Macam biasa, mahu membeli-belah keperluan perut-perut sebanyak 5 plus 1 orang.

Ikan tenggiri 3 potong. Ikan merah 3 potong. Nyot nyot seekor saiz sederhana . Pelaling 6 ekor. Selar kuning kecil 15 ekor. Semuanya RM68.

Ayam seekor saiz besar. RM19.

Sayur. Buah. Hampir RM50.

Semuanya sudah lebih RM100. Untuk perbelanjaan dapur satu minggu. Ubah gaya hidup bagaimana lagi?

Ah! Sudah hilang cerita kacang rebus.

:(

Sudah lama tidak makan kacang rebus. Di pasar tani tadi ada ternampak longgokan kacang tanah di satu gerai. Sekilo RM7. Ambil sekilo, terlebih 100 gram. Tuan kedai minta tambah 70 sen. Amboi! Berkira. Yelah, orang meniaga. Memang lah berkira. Ehehe! Pelanggan Melayu memang semua nak lebih, tapi percuma. 

"RM 7.70 bang"

"Takpe lah. Buang yang 100 gram tu"

Amboi. Sombongnya saya. Ehehehe! Bukan macam itu. Yang sebenarnya malas nak ambil duit baki syiling. 

Duit dan kacang bertukar tangan. Sampai di rumah siapkan ikan dan ayam, kemudian baru uruskan kacang. Tiga kali bilasan. Mahu membuang segala tanah-tanih yang melekat.

Dan, menikmati kacang rebus bersama anak-anak lah yang paling seronok. Berebut-rebut.

:)

Kacang sekilo + daun pandan 2 helai + garam 4 sudu
Dua jam rebus, api sederhana






Reactions

Post a Comment

0 Comments