Aku duduk di deretan paling hujung, bersebelahan tingkap sebelah kiri pesawat. Di sebelah, lelaki India Muslim dari Taiping. Mahu ke Chennai melawat sanak saudara. Berborak sedikit banyak berkaitan Chennai, sejarah keluarga.
Ya. Sejarah keluarga beliau. Perihal migrasi ke Tanah Melayu. Layan.
Brader di kerusi paling hujung, mahu mencelah berborak. Bosan barangkali. Memang berasal dari Chennai, tetapi sudah agak lama bekerja di Malaysia. Peramah, tapi sayang bahasa Malaysianya agak hancur. Berbahasa Inggeris tidak pandai. Jadi, angguk-angguk geleng-geleng sahaja. Banyak geleng sebenarnya.
Dan bila aku mengadu yang aku akan transit di lapangan terbang Chennai selama 10 jam, geleng kepala kedua-dua sahabat semakin ligat dan laju.
Geleng-geleng. Gaya Chennai.
Hiihihihihi!
Bila masing-masing sudah keletihan, mata mula merapat mahu berehat. Aku, sudah tidak lalu mahu tidur. Debar mahu kembara seorang diri masih kuat berdegup. Entah apa entah bagaimana hala tuju apabila tiba di Chennai nanti.
Pemandangan di luar sememangnya menyegarkan. Kombinasi awan yang cantik berkepul dan lautan membiru, sangat mempersona. Tetapi khayal nya hilang bila kapal terbang merempuh awan tebal. Hilang kaki, lembik macam jelly. Tapi itu juga menandakan sudah hampir ke daratan (daripada pengalaman-pengalaman sebelum ini).
Yup! Jam 9.30 pagi juruterbang sudah mengumumkan kapal terbang sudah mahu mendarat.
Kaki bakal mencecah tanah India.
Teruja!
0 Comments