Ketam Masak Cili. Sekadar gambar hiasan |
Pagi tadi, ada mesej di WhatsApp.
Bukanlah pagi tadi sahaja, memang selalunya ada. Cuma kali ini mesejnya panjang. Pun, memang selalu ada mesej yang panjang. Mesej yang panjang lebar ini, selalunya aku abaikan. Tak ada rasa teruja untuk membaca, lagi-lagi yang meriah dengan segala macam ikon dan gambar.
Rasa meluat.
Tetapi kali ini mesej panjang ini datangnya daripada permaisuri hati kesayangan. Dan bila dibaca mukadimahnya, mahu teruskan sampai sudah. Tidak ada ikon berwarna-warni. Masih tiada kesahihan dan kepastian, tetapi ada logiknya. Jadi aku kongsikan di sini.
Sekiranya ada yang berpendapat entri ini tidak benar, mohon jasa baik untuk dimaklumkan.
INFO DARI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN:
- Sayuran yg dimakan mentah (contoh; taugeh, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain) yang dibuat ulam (yakni tidak dimasak) perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e-coli
- Petua membeli ayam segar; beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit. Jika dibeli pada waktu tengah hari, pastikan balik ke rumah terus dicuci dan simpan di dalam peti sejuk beku terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini untuk membunuh bakteria Pastikan juga ayam dimasak dengan sempurna. Jika tidak cukup masak, bakteria tidak mati dan akan aktif semula apabila makanan itu sejuk.
- Panaskan makanan setelah sejuk. Jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam. Perlu dipanaskan sampai mendidih.
- Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh ditangan kita.
- Elakkan telur separuh masak kerana mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak. Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.
- Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam, daging burger perlu digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana mengundang bakteria. Pastikan ianya digoreng dalam minyak yang betul-betul panas.
- Pastikan tukang masak bersih semasa memasak kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca daripada tukang masak. Inilah sebabnya peniaga perlu ambil suntikan vaksin untuk mengelakkan dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain.
- Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.
- Jika makan dikedai, pastikan sudu garfu yang hendak digunakan dibasuh/dilap terlebih dahulu. Jangan gunakan sabun buku yang disediakan oleh pihak kedai makan/restoran. Sebaiknya gunakan pencuci cecair, atau bawa sahaja pencuci tangan sendiri bersama.
- Penggemar ayam golek, pastikan ayam itu masih panas. Jangan beli kalau ayam sudah sejuk atau sudah siap dipotong.
- Pastikan papan pencincang ayam dibuat daripada plastik. Papan pemotong kayu dikhuatiri ada serbuk kayu yang terlekat pada ayam dan daging yang dicincang.
- Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin dilapik dengan plastik untuk mengelakkan pengaktif sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin merebak dalam badan.
- Elakkan membeli makanan yang dilapik atau dibungkus dengan kertas surat khabar kerana mngandungi karbon.
- Makan lah satay atau apa sahaja makanan yang dibakar (mnggunakan arang atau fancy grill) bersama timun dan bawang mentah kerana fungsinya untuk meneutralkan jumlah karbon yang diambil semasa makan.
Catatan;
a) Terdapat beberapa keraguan kerana tiada sokongan fakta
b) Teks asal diubah kerana menggunakan bahasa pasar. :)
c) Jangan percaya sepenuhnya, rujuklah kepada yang pakar.
d) Jaga kebersihan makanan kita. Halalan Toyyiban.
0 Comments