Berbasikal untuk kesihatan dan rekreasi |
Nilaian: 3 daripada 5 bintang
Cukup sebulan untuk menghabiskan bacaan buku ini.
Mungkin faktor saiz buku yang besar, mungkin juga kerana penceritaannya yang agak "ilmiah".
Aku memilih untuk membaca buku ini kerana aku mempunyai minat yang sama, berkayuh. Dan aku juga mencari inspirasi untuk mengembara dengan basikal.
Buku ini ada apa yang aku mahu, tetapi sayang penceritaannya agak kaku. Terlalu lurus, kurang atau tidak beremosi. Pengalaman kembara penulis ini terlalu berfakta, jadi penghayatan aku agak kurang.
Dan sepatutnya setiap kisah kembara (Semenanjung, Trans-Borneo, Padang san lain-lain) dibukukan berasingan. Terlalu banyak cerita untuk satu buku.
Tapi yang pasti, aku tabik kepada penulis. Beliau membuktikan usia bukan penghalang.
Tabik tuan!
Ulasan buku yang lain
0 Comments