[Buku] Hari-hari Sayang Nabi (Nik Wafdi)

Hari-hari Sayang Nabi
Hari-hari Sayang Nabi
Hari-Hari Sayang Nabi oleh Nik Wafdi
Nilaian: 4/5 bintang

Ketika menerawang di bahagian buku agama, ternampak beberapa buah komik terselit. Teruja, terus diambil. Niat di hati mahu memberi bacaan alternatif kepada anak-anak.

Wah! Menarik juga.

Penerangan hadis menggunakan medium komik.

Aku suka dengan lukisan-lukisan komik yang sangat mesra dengan mata dan hati. Rupanya, pelukis komik ini pernah berkarya di majalah Gila-gila dan Ujang, majalah kegemaran aku satu waktu dahulu.

Penerangan hadis ini agak mudah difahami, bagi aku. Tetapi memikirkan sasarannya untuk kanak-kanak (aku anggap begitu kerana karakter kartunnya adalah kanak-kanak), aku agak ragu bolehkah mereka ini faham?

Aku teruskan dengan buku kedua. Mungkin ada perbezaan.

Ulasan buku yang lain






Reactions

Post a Comment

0 Comments