[Buku] Diagnosis 2 (Koleksi Cerpen)

Diagnosis 2Diagnosis 2 oleh Dr. Anwar Fazal
Nilaian: 3/5 bintang
Terbitan: WhiteCoat Enterprise
ISBN: 9789671307304

Buku ini kesinambungan daripada buku Diagnosis. Dari segi judulnya sahaja. Isinya, kalau tidak membaca buku yang pertama pun tidak mengapa. Mengekalkan format yang sama, koleksi cerpen berkisar kehidupan (fiksi / benar) dunia kedoktoran. Bezanya daripada buku satu, jumlah penulisnya meningkat sekali ganda. Dari tiga penulis, buku ini mencatatkan kisah daripada tujuh orang doktor.

Aku sukakan tulisan daripada Dr Azah dan terutamanya Dr Beni Rusani. Walaupun bersifat fiksi, tetapi nyata menyenangkan. Yang lain-lain, menarik juga. Dr Aizzat seperti buku sebelum ini, pandai bermain emosi. Cuma bila berulang benda yang sama (kisah sedih), sebagai pembaca aku mahukan yang lain.

Rata-rata, banyak kisah sedih sahaja yang dikongsikan. Muak juga. Walhal, dunia doktor (atau mana-mana bidang sekali pun) tidaklah selalu begitu. Keletah pesakit yang datang itukan pelbagai, itu juga seronok dibaca jika dikongsikan.

Oh! Kesalahan yang sama. Salah ejaan, tidak ada ruang kosong selepas noktah. Merimaskan juga. Mujur juga saiz buku dan tulisan yang besar kembali memesrakan mata.

Terma-terma perubatan yang banyak, jika tidak sabar memang boleh diabaikan sahaja. Tetapi, usaha-usaha penulis ini (mahu"mendidik") harus dipuji. Bukan selalu mendapat peluang sebegini.

Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments