Jadi, Ramadhan 1436H saya jadikan sebagai permulaan. Dari 86 kg, hujung Ramadhan itu saya berjaya mengurangkan berat menjadi 82.5 kg. Kemudian, saya menurut serta kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada golongan bercita-cita sama, mahu kurus. Dan, dalam masa yang sama saya sudah mula rajin ke jimnasium dan mula turut serta acara larian.
November 2015, berat saya mencecah 77 kg!
Sayang, tak lama. Saya kembali ke tabiat lama. Makan, tidak begitu dijaga. Bersukan pun semakin perlahan.
Natijahnya, Januari 2016 saya hampir kembali ke berat asal. 81.5 kg.
Bermula Februari 2016 sekali lagi, saya menanam azam untuk lebih bersungguh. Lancar tetapi penurunan saya tidak seimbang. Minggu ini turun sekilo, minggu depan naik kembali kepada asal.
Sehingga Ramadhan 1437H, berat saya hanya turun sekitar 79 kg. Itupun "mujur" saya diserang cirit-birit.
Bermula puasa tahun ini, saya hampir konsisten turun sekitar satu kilo setiap minggu. Pernah, timbangan saya menunjukkan angka 72.3 kg! Tapi saya sedar itu timbangan sebelum berbuka.
Sebelum Syawal, berat terakhir saya ialah 74.3 kg!
Alhamdulillah.
Sekarang VS Dulu |
Kini, sudah seminggu Syawal berlalu dan berat saya kembali naik (hampir dua kilo!). Saya anggap itu sebagai natijah "cheat week", dan saya akan kembali ke arena selepas tamat puasa enam nanti.
Berbeza |
Kenapa saya bersungguh mahu mengurangkan berat badan?
Nanti saya kongsikan.
0 Comments