Sambutan Merdeka Di Stadium Bukit Jalil tahun 2012 |
Hari ini, saya kongsikan perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan sekiranya berkenaan.
- Datang awal. Acara bermula awal. Sekiranya mahu ke kawasan pentas utama, saya tidak tahu bila waktu terbaik. Pengalaman lalu, kami hanya berkumpul di Jalan Raja Laut berhadapan dengan bangunan DBKL.
- Gunakan pengangkutan awam. LRT Putra, LRT Star, Komuter antaranya. Itu yang terbaik. Tidak ada siapa pun yang mahu tersangkut dalam kesesakan hari itu. Tambahan lagi, jalan banyak ditutup.
- Sediakan kad Touch & Go, atau Rapid KL. Paling mudah, topup Touch & Go yang sudah tersedia pada kad pengenalan. Kalau tidak, bersedialah untuk beratur panjang di stesen.
- Pakaian yang sesuai. Hari itu, pasti banyak berjalan dan berdiri. Jadi, pastikan kasut, seluar dan baju bersesuaian dengan suasana sesak dan panas.
- Isi perut terlebih dahulu. Mencari makan mungkin tidak ada masalah, tetapi harganya mungkin boleh menjulingkan mata.
- Bawa bekal air dan makan. Untuk berjimat, untuk memudahkan.
- Sambil bergembira, terangkan kepada anak-anak hal-hal yang berkaitan dengan kemerdekaan dan sambutannya. Jangan dibiarkan kosong.
- Sentiasa waspada dengan sekeliling, terutamanya anak-anak kecil. Dalam suasana sesak sebegitu, kita tidak mahu ada kehilangan.
- Kalau jerebu masih tidak berkurangan, bawalah pelindung muka yang betul. Kalau kesihatan tidak mengizinkan, tahun ini batalkan sahaja rancangan mahu ke Dataran Merdeka.
Kalau ada lagi yang berkaitan, saya akan tambah.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59.
Sehati sejiwa.
0 Comments