Kami tahu, ada juadah istimewa akan terhidang.
Sama ada lepat pisang, atau lepat sagan. Itu yang paling selalu. Ada juga hidangan lain menggunakan daun pisang. Tapi kalau sudah ditugaskan pula untuk melenyek pisang, itu sudah cukup memberi petanda.
Air liur bergumpal-gumpal di bawah lidah.
|
|
Minangkabau
Saya pada mulanya menganggap lepat ini, sejenis makanan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja di Malaysia. Seperti karipap, Seri Muka, Kasui. Lama-kelamaan baru saya tahu, ini makanan khas dari negeri asalnya Buya Hamka, bumi Minangkabau.Iyalah.
Mak dan abah saya kedua-duanya berketurunan Minangkabau (bukan dari Negeri Sembilan), jadi tidak mengejutkanlah resipi warisan ini kekal dalam keluarga kami.
Oh! Apa beza Minang di Negeri Sembilan dan Minang saya (asal Padang, Sumatera Barat)?
Minang Negeri Sembilan, beradatkan Perpatih.
Minang Padang, beradatkan Temenggung.
Minang Negeri Sembilan, bahasanya seperti dalam lagu Apo Kono Eh Jang.
Minang Padang, dengarkan pula lagu Ayam Den Lapeh.
Itu, perbezaan yang saya simpulkan sendiri.
Lapek Sagan
Nama Lapek Sagan itu sahaja sudah membezakan antara kedua-dua jenis Minang ini. Sekali lagi, ini hanya pendapat saya. Bukan atas kajian di mana-mana. :)"Lapek" berasal dari perkataan "lipat". Mungkin ini merujuk kepada proses penyediaan juadah ini di dalam bungkusan daun pisang yang dilipat.
"Sagan" bermaksud "segan". Saya tak pasti yang ini, berdasarkan carian di Google "segan" ini merujuk kepada maksud "malas". Setahu saya, orang utara Malaysia memang menggunakan perkataan "segan" untuk "malas". Tidak pula saya tahu bahas Minang juga begitu.
Tetapi kenapa "malas"?
Sekali lagi merujuk kepada cara pembuatan lepat ini. Bahan-bahannya digaulkan semua sekali, tidak ada lapis-lapis, tidak ada struktur tertentu. Gaul semuanya.
Jadi, kenapa namanya sudah boleh membezakan kedua-dua Minang?
Kalau Minang N9, mungkin sebutannya menjadi "Lopek Sogan". Eheh!
Kalau ghaso eh den membongak, maaf lah yo.
Hihihi!
Resipi
Saya kongsikan dari laman web yang saya jumpa.Bahan-bahan;
- 1/2 kg beras pulut, dicuci bersih, direndam selama setengah jam kemudian dikukus selama lebih kurang 15 minit.
- 1 sisir pisang kepok (lenyekkan)
- 1/2 butir kelapa parut
- 5 - 6 sudu besar gula merah
- Garam secukup rasa
- Daun pisang untuk membungkus
Cara-cara Penyediaan:
Sumber; http://famf-tower.blogspot.my/2014/01/lepat-segan-aka-lapek-sagan.html
- Gaul sekata pisang yang telah dilenyek dengan gula, kelapa parut dan beras pulut yang telah dikukus.
- Perasakan dengan garam
- Bungkus dalam daun pisang dan kukus selama 30 minit.
Cara menikmatinya?
Makan semasa masih panas!
Keren!!!!
Lapek Sagan |
0 Comments