Sarapan Pagi Bersama Atok Nenek Hafiz

Hari Sabtu, hari cuti. Bolehlah luangkan masa bersama keluarga tersayang. Pagi lagi dah telefon nenek Hafiz, ajak sarapan di luar.

Rezeki dapat tinggal berhampiran mak abah, memang tak saya sia-siakan. Seminggu, paling tidak 2-3 hari luangkan masa juga untuk bertentang mata. Nikmat yang tak semua orang perolehi.

Hari ini kami cuba ke kedai lain. Sudah bosan dengan kedai-kedai yang sudah kerap kami kunjungi. Walaupun hidangannya tetap saja sama (nasi lemak, roti canai dan seumpama), tempat baru sedikit sebanyak memberi rasa seronok.

Masa ini juga, mata meninjau ke kawasan bersebelahan.

Sudah tentu, hobi saya yang suka mengambil gambar ini, sudah diasuh untuk melihat sekeliling yang bisa dijadikan objek/subjek fotografi.

Ada dinding berwarna biru.

Ada bayang-bayang yang menghiasi dinding.

Ada Hafiz.

Ada Hafiz berbaju kuning, kontra dengan dinding.

Dan, ada kamera di tangan.

Tentulah saya bergambar!


Sarapan Pagi Bersama Atok Nenek Hafiz 1 Sarapan Pagi Bersama Atok Nenek Hafiz 2 Sarapan Pagi Bersama Atok Nenek Hafiz 3 Sarapan Pagi Bersama Atok Nenek Hafiz 4 Sarapan Pagi Bersama Atok Nenek Hafiz 5





0 comments:

Post a comment

My Instagram