Asas Pengaturcaraan JAVA

Haih!

Dah tua-tua ni, masih perlu belajar bahasa pengaturcaraan yang baru. Dah tak larat dah. Hampir 20 tahun saya setia dengan PHP, tapi disebabkan tuntutan projek baru di pejabat (dan kelangsungan kerjaya!) maka terpaksalah belajar semula bahasa yang penuh belitan tersimpul ini.

Projek pertama JAVA saya? Semasa di universiti sekitar 23-24 tahun dahulu. Projek kelas JAVA, kami ambil projek senior yang membuat sistem tempahan tiket kapal terbang kepada sistem tempahan tiket keretapi. Kod saya? Buat ropol-ropol saja.

Kah kah kah!

Projek terakhir?

Sama seperti di atas.

Tu dia baq ang. Dah 20 tahun lebih tak usik JAVA, alih-alih kena belajar semula. Mahu atau tidak, terpaksalah memecahkan kepala untuk memahami format pengaturcaraan bahasa kedua popular (2019) selepas Phyton ini.

Untuk itu, saya merujuk kepada laman web ini untuk belajar secara online. Nak ke kelas, tak mahunya syarikat hantar.

Rujukan;
  1. https://www.w3schools.com/java/default.asp
  2. https://www.tutorialspoint.com/java/index.htm
Untuk menguji kefahaman pula, ada laman web yang menyediakan latihan secara online dan hanya boleh membuat tugasan lain setelah selesai tugasan sebelumnya. Menarik! Bukan saja JAVA, mana-mana bahasa pengaturcaraan pun boleh.

Pergi ke https://www.hackerrank.com/

Selamat berJAVA!


Asas Pengaturcaraan JAVA





Reactions

Post a Comment

0 Comments