[Buku] Lonely Planet's Beautiful World Oleh Lonely Planet

Tajuk;
Lonely Planet's Beautiful World

Penulis;
Lonely Planet




1.
Pertama kali saya beli buku begini; kurang perkataan tetapi lebih kepada gambar-gambar.

2.
Gambar (mahupun dokumentari tv) yang menunjukkan kejadian dan kehebatan alam semula jadi tak pernah gagal memukau saya. Dan buku Lonely Planet's Beautiful World ini memang membuat nafas tertahan di beberapa muka surat.

3.
Untuk sebuah buku yang berharga RM29 (atau RM39, saya lupa) di BookXcess Nusajaya, mungkin tak berbaloi bagi sesetengah orang. Untuk saya, buku ini banyak memberi idea. Sama ada dari segi gambarnya, mahupun susunan bukunya.

4.
Alam sangat cantik dan indah. Daripada sekecil-kecil makhluk, sehinggalah lautan dan hutan yang terbentang luas. Khayal!

5.
Ada juga sekeping gambar di Malaysia (Sabah). Cantik!

#sharulmembaca
#malaysiamembaca


 Lonely Planet's Beautiful World





Reactions

Post a comment

0 Comments