[Ulasan Filem] Cahaya Dari Timur; Beta Maluku

Semalam, saya ambil kesempatan menonton filem ini di Netflix atas anjuran rakan-rakan Nyut. Bangga betul ada rakan-rakan seni ni.

Cahaya Dari Timur; Beta Maluku.

1.
Filem dari Indonesia ini mula ditayangkan pada umum pada tahun 2014.

2.
Filem ini juga merangkul beberapa anugerah di Indonesia sendiri.

3.
Yang menariknya, filem ini adalah berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku di Ambon, Maluku.

4.
Berkisah di Ambon sewaktu peperangan saudara antara Islam dan Kristian memuncak, seorang bekas pemain bola sepak (Sani) cuba menghalang anak-anak Ambon dari terlibat dengan kancah peperangan melalui bola.

5.
Bermula dengan latihan biasa, seterusnya membawa kepada perlawanan antara negeri seluruh Indonesia, dan pasukan ini berjaya menjadi juara.

6.
Bunyinya klise. Sukan yang menyatukan. Hampir sama dengan filem A Barefoot Dream, juga filem tentang permainan bola sepak dari Indonesia. Dari kosong, lekeh, tak terkenal kemudian berjaya mencipta kejayaan gemilang.

7.
Tapi cerita yang berdasarkan kisah benar, tak pernah membosankan bagi saya. Kerana kejayaannya benar, kesusahannya benar, dan kehidupan yang dipaparkan adalah realiti. Kau akan nampak buruk baik masyarakat, pemimpin yang tidak didandan supaya sentiasa nampak molek. Yang indah, antara agama juga boleh bersatu tanpa perlu menghina antara satu sama lain.

8.
Saya suka sinematografi (kalau ini perkataan yang betul), menjadikan suasana Ambon yang "biasa-biasa" itu jadi sangat menarik. Saya paling suka suasana rumah Sani, kecil molek namun membahagiakan.

9.
Menonton filem, sama seperti membaca buku. Banyak kebaikan yang boleh diperolehi, asalkan kau tahu "membaca". Kalau ada yang mengatakan menonton filem ini sia-sia di waktu negara sedang dilanda kemelut, diam saja. Atau berikan dia link ke Maharaja Lawak Mega untuk kebahagian bersama.

10.
Oh! Gaya bahasa orang Maluku kedengaran sopan. Baik saja walaupun dalam nada marah. Filem ini hampir keseluruhannya menggunakan bahasa Ambon, jadi mahu atau tidak terpaksa bergantung pada sarikata.

Selamat menonton.

#sharulmenonton


Cahaya Dari Timur; Beta Maluku






0 comments:

Post a comment

My Instagram