1)
Saya peminat Andrea. Jadi rating yang saya beri, sedikit sebanyak ada unsur
bias. :)
2)
Dalam Sirkus Pohon, ada banyak cerita dan banyak sekali wataknya (yang namanya
berhujung "din"). Jadi kalau mahu membaca, disarankan membaca terus tanpa
selang masa yang lama jika terhenti. Melainkan, jika rajin mencatat nota,
mungkin membantu.
3)
Ceritanya tidak kosong. Watak-wataknya mewakilkan sesuatu/seseorang/situasi.
Dan diselitkan fakta tanpa menjadik teks kelihatan seperti jurnal akademik.
Mendidik (bukan mengajar) secara halus.
4)
Banyak menggunakan perkataan yang jarang didengar, entah bahasa Belitong atau
bahasa Indonesia. Bantuan "google" sangat diperlukan.
5)
Banyak tanda tanya yang timbul. Seperti cerita yang tidak selesai. Tapi,
Sirkus Pohon ini katanya satu siri tetralogi. Aduh!
6)
Personifakasi (entah betul atau tidak terma ini) Andrea sangat kreatif dan
bersahaja. Musykil bagaimana dia mendapat "ilmu" begitu.
7)
Buku Andrea adalah buku wajib milik dan wajib baca!
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
0 Comments