Yang dewasa, masih boleh bertahan.
Hafiz? Yang masih mentah berumur tujuh tahun sekarang sudah mula bersoal tanya
bila mahu berjalan-jalan.
Kasihan si bongsu abah.
Mujur ada "kelonggaran" untuk kami merayau-raya sekitar kawasan perumahan.
Boleh juga ngebut naik motor ke rumah nenek yang jauhnya hanya 800 meter.
Pulang ke rumah, singgah sebentar ke kedai mamak membeli aiskrim atau air
Calpis kegemaran Hafiz.
Atau, ke tanah lapang di atas bukit meneman abah mengambil gambar. Dan
semalam, sudah kuat untuk berjogging beberapa pusingan di kawasan rumah
mengeluarkan peluh.
Hafiz, setia menemankan.
Terima kasih, sayang abah.
Gambar diambil menggunakan Canon EOS 60D, lens 50mm F1.8 dan edit menggunakan Adobe Lightroom.
0 Comments