1.
Sekuat mana pun manusia, sebijak mana pun manusia, sering saja tewas apabila melibatkan hati dan perasaan.
2.
Selena yang kuat, yang bijak, yang lincah sebagai pengintai (pengintip) juga akhirnya terkandas dengan perasaan cinta, yang akhirnya membuatkan sesuatu yang buruk berlaku.
3.
Sayang sekali persahabatan Selena, Mata dan Tazk tidak seperti kisah dongeng yang berakhir dengan ayat bahagia selama-lamanya. Selena menanggung derita bertahun-tahun dan cuba menebus kesalahan diri dengan menjaga tiga pejuang baru; Seli, Ali dan tentunya Raib.
4.
Cuma dalam Nebula perseteruan yang berlaku sudah tidak begitu mengujakan. Terus-terang, ianya adalah ulangan demi ulangan.
5.
Membaca dari buku 1 (Bumi) sehingga buku 9 (Nebula), menjadikan graf keterujaan itu kadang-kadang menurun mendadak apabila tiba bab "ulangan" namun segera mencanak naik apabila ada pertempuran dan plot baru.
6.
Akan ada musuh baru, akan ada pengembaraan baru. Saya harap Tere Liye ciptalah kelainan. Siri Selena dan Nebula sedikit berbeza kerana sudah ada elemen romantis berbanding 7 buku sebelumnya.
7.
Ya. Nebula adalah buku ke-9. Akan ada buku sambungannya seperti tercatat pada helaian terakhir. Entah bila akan terbit, Wallahualam. Mungkin untuk buku seterusnya saya veli terus di toko buki di Jakarta.
Yok?
Sekarang saya mahu "menjauhi" buku Tere Liye. Setelah hampir 3 bulan hanya buku beliau menjadi bacaan.
Next?
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
0 Comments