[Ulasan Buku] Selena Oleh Tere Liye

1.
Kali ini Tere Liye mengkisahkan tentang "guru" kepada Raib, Seli dan Ali; bagaimana dia bermula menjadi seorang pengintip (pengintai) di Klan Bulan.

2.
Permulaannya ada sedikit perbezaan dengan siri Bumi yang terdahulu, maka pembacaan menjadi menyeronokkan.

3.
Namun apabila Selena bergabung dengan Tazk dan Mata di akademi, saya terimbas semula kisah tiga sahabat; Raib, Seli dan Ali. Serupa, tapi tak sama.

4.
Persahabatan yang baik, kemudian ada sisi-sisi romantis antara Selena dan Tazk. Ditambah dengan perwatakan Selena yang keras kepala (seperti Raib), Mata yang akur (seperti Seli) dan Tazk yang bijaksana (seperti Ali, namun lebih beperwatakan baik). Semuanya seperti imbas kembali.

5.
Namun Tere Liye tidak menyajikan cerita yang kosong. Seperti buku-buku yang terdahulu, beliau memasukkan fakta-fakta sains untuk menghuraikan sesuatu perkara/kejadian. Saya tidak pula membuat semakan sama ada itu adalah benar atau rekaan, tetapi dengan penulisan begitu ia nampak lebih meyakinkan.

6.
Dari dialog-dialog akhir di penghujung buku, saya menjangkakan Raib akan mengetahui siapa ibu bapanya dan saya berat mengatakan Mata dan Tazk adalah ibu bapa Raib.

7.
Oh! Selena lebih memberontak dan seru, saya suka dengan sikapnya yang berani dan tidak terlalu banyak memikirkan halangan atau tentangan. Lawan terus!

Buku ke-8 ini akan bersambung ke Nebula. Harapnya tidak ada lanjutan buku lagi. Ini siri buku yang paling banyak saya baca setakat ini!


Selena Oleh Tere Liye






Reactions

Post a Comment

0 Comments