Alhamdulillah.
Saya hilang kiraan berapa kali sudah saya (dan kaum muslimin) lain di Malaysia
ini tidak ke masjid untuk solat Jumaat. Sejak Mac 2020 sampailah Jun 2020,
kaum muslimin tidak dibenarkan untuk ke masjid atas faktor keselamatan
(sebaran penyakit Covid-19.
Namun hari ini, Jumaat 3 Julai 2020, #kitahampirmenang.
Saya (dan anakanda Haris) berjaya menempatkan diri antara mereka yang bernasib
baik untuk solat di masjid.
Masjid Al Shariff, Simpang Tiga, Gombak
1.
Sejak dimaklumkan bilangan jemaah Jumaat di Selangor boleh ditambah, saya
risik FB tiga buah masjid yang memang menjadi kunjungan saya untuk solat di
Gombak.
2.
Masjid As-Syariff Simpang Tiga, pada mulanya mengumumkan "siapa cepat dia
dapat" namun borang permohonan dalam talian masih aktif. Saya daftar saja.
Masjid Lama Batu 6 juga meminta jemaah mengisi borang. Masjid As-Syaqirin pula
hanya menjemput jemaah secara "walk-in".
3.
Mengambil kira semua faktor, saya catatkan waktu pintu masjid dibuka untuk
jemaah sekiranya mahu "walk-in". Rata-rata dibuka 30 minit sebelum azan
pertama.
4.
Alhamdulillah, jam 9.30 pagi saya mendapat pesanan Whatsapp daripada AJK
masjid As-Syariff. Saya jemaah ke-255 yang berjaya mendaftarkan diri (daripada
345 jemaah keseluruhan).
5.
Abang Haris saya lupa daftarkan bersama, hanya sempat untuk masjid Lama Batu
6. Setakat jam 11 pagi, status FB MLB6 menyatakan permohonan masih terbuka.
Saya anggap nama Haris juga sudah didaftarkan.
6.
Tepat jam 12.50 pm saya sudah tiba di masjid. Terdapat dua barisan, yang sudah
ada nombor pendaftaran masuk dengan mudah. Hanya nyatakan nombor giliran,
ambil kad nombor, ambil suhu dan tandatangan borang kehadiran.
7.
WAJIB; wuduk di rumah, topeng muka, sejadah (saiz normal) dan MyKAD. Bawalah
juga wang ringgit pelbagai warna untuk tabung kecil beroda empat yang lama
kesepian.
8.
Khutbah agak pendek. Masuk waktu jam 1.20 petang, khutbah kedua jam 1.45
petang. Solat bermula jam 1.50 petang. Jam 2.00, selesai. Ha! Apa tajuk
khutbah? Gulp!
9.
Kesian kepada pakcik-pakcik yang cuba walk-in terpaksa berpatah balik. Sama
ada pakcik tak tahu had umur dihadkan atau sekadar mencuba nasib.
10.
Abang Haris juga berpeluang solat di MLB6. Cuma katanya tak ada semakan nama,
walk-in terus.
11.
Saya doakan kawan-kawan dan lelaki-lelaki kacak semua berpeluang mendirikan
solat Jumaat pada minggu hadapan, bersama lelaki paling tampan di Gombak ini.
12.
Tajuk khutbah tadi ialah "Peliharalah solat". Isi nya? Hmmm.. aaaa... hmmmm...
13.
Alhamdulillah.
Semoga ada peluang lagi untuk solat Jumaat pada masa akan datang.
____
Sharulnizam Mohamed Yusof
"Cop" tempat bawah kipas
0 Comments