Anak Kucing Comel Peneman Nenek Hafiz

Mak saya ada pelihara kucing. Putih. Dari kecil dijaga sampailah sudah melahirkan. Putih ada 3 ekor anak. Gebu-gebu dan comel. Mak suruh saya bawa balik, sudah besar nanti barulah hantar semula kepada mak.

Aduh!

Memang saya teringin sangat. Tapi keliling rumah ni pun dah penuh dengan kucing. Lagi satu, diva si Siti Nur Tambirina tu, bukannya boleh berkongsi. Anak tunggal. Sudah terlebih manja. Semua dalam rumah ni dia punya.

Beginilah. 

Saya jaga bersama mak saja.

Nanti saya bekalkan dengan makanan yang lebih baik untuk anak-anak bulu ini. Bagi dia gemuk, Bagi bulu lebat.

Jangan dicuri orang, sudah.






Reactions

Post a comment

0 Comments