Rasional Dan Emosional Di Musim PKP

Saya akui, semenjak PKP dilonggarkan dan sudah boleh rentas negeri, kami sekeluarga ligat ke sana ke sini pergi bercuti. Bermula ke Temerloh, kemudian ke Alor Setar, dan terbaru ke Cameron Highlands.

Berani? Yakin?

Beranilah juga. Yakinlah juga. Pada siapa lagi kita nak rujuk selain pihak MKN dan pemimpin negara. Kalau sudah dibenarkan, sudah tentu segala baik buruk sudah dipertimbangkan.

Dan rata-rata, norma baru diamalkan. Letih juga setiap kali mahu ke sana sini, perlu diperiksa suhu dan direkodkan butir peribadi. Jarak juga dijaga. Topeng dipakai. Santizer dilumur.

Walaupun suhu saya kadangkala mencecah 33°C. 🙄

Benar. Ada yang ingkar. Ada yang memandang enteng. Tapi mereka itu bukan dalam kawalan kita. Yang kita mampu, kawal diri sendiri. Selagi beringat, Insya-allah, selamat.

Saya melihat ramai juga yang marah-marah dan menyindir. Baik di media sosial, mahupun sesama rakan dan saudara. Katanya, tak sayang nyawa tak sayang keluarga.

Astaghfirullah.

Lucu juga. Orang yang memuji kejayaan MKN, dia jugalah yang meragui panduan MKN. Kemudian mahu dipaksakan pula pemahamannya pada orang lain.

Rasional Dan Emosional Di Musim PKP
Lama dah tak lalu kawasan berawan. Bilalah boleh nak travel lagi.


Dalam group sekolah anak saya, ada yang mengambil langkah tak mahu hantar anak ke sekolah. Atas alasan tak percaya kepada kemampuan pihak pentadbir. Entahlah. Ada kala tindak balas sebegini bagi saya adalah tak berasas dari sudut rasional. Lebih kepada emosional.

Mungkin pandangan saya ini juga tidak rasional, tapi sampai bila mahu begitu?

MKN telah menggariskan apa yang dibenarkan, apa yang tak boleh. Jadi, patuh saja pada panduan yang diberi. Benar, lebih mudah mencegah. Itu pilihan masing-masing. Buatlah.

Cuma jangan diperlekehkan orang lain yang tidak bersependapat. Mereka masih patuh pada perintah PKP dan SOP, cuma mempunyai sedikit keberanian dan keyakinan untuk memunculkan diri.

Insya-allah.

Kita jaga kita. Jangan alpa. Beringat sentiasa.






Reactions

Post a comment

0 Comments