[Ulasan Buku] Naif Oleh Mimi Salleh

Terbaik! Tak puas rasanya membaca pengalaman hidup seorang Mimi Salleh berkelana ke Amerika untuk menuntut ilmu.

1.
Saya sebenarnya sudah "serik" membaca kisah hidup pelajar di luar negara. Kebanyakannya sering mencatat keluh kesah hidup susah di negara orang, seperti mahu mengatakan kita yang belajar di tanah air seperti semuanya "mudah".

2.
Sudah tentu ada satu dua yang bagus, dan Naif adalah salah satu daripada buku itu.

3.
Pertama sekali, ayat susunan penulis ini mudah dan lancar. Tidak terlalu nampak "gah", menjadikan kita seakan-akan berada sama dalam situasi penceritaan.

4.
Lewat tahun 90-an, waktu itu kita di Malaysia masih terkial-kial membuat capaian internet dengan bunyi modem bising setiap kali mahu digunakan. Tapi penulis sudah sampai ke Amerika (penerbangan 3 kali transit!) seorang diri meredah jalan untuk ke ISU.

5.
Saya suka dengan usaha dan tindakan penulis yang berani mencuba, berani berdaptasi dan menggunakan kesempatan yang terbuka untuk memajukan diri. Pergaulan dengan orang pelbagai bangsa, kepercayaan, agama dan prinsip hidup, sememangnya mematangkan.

6.
Saya kurang meminati novel/kisah romantis dalam buku, tapi saya faham itu adalah lumrah manusia. Mimi bijak mengatur anekdot cerita yang membuatkan kita tertanya-tanya, "oii.. lepas tu apa jadi?" Tersenyum-senyum juga, sebab teringat zaman mengurat bini di Sintok dulu. Kah kah kah!

7.
Pace cerita agak laju. Tahu-tahu sudah sampai ke tahun akhir dan kembali ke tanah air. Mulanya saya rasa agak janggal. Mana cerita dalam kelas, mana cerita kesusahan dan kesengsaraan yang selalu orang kongsikan ketika belajar di luar negara? Ada dalam buku ini sebenarnya, tapi nampak seperti isu kecil kerana penulis mengambil itu sebagai cabaran, dan bertindak ke atasnya. Bukan hanya mengeluh!

Saya suka penulis lebih menekankan bagaimana mahu menyesuaikan diri, hadapai cabaran dan bagaimana memeluk masalah menjadi satu peluang. Seperti tajuk buku ini, NAIF, tak perlu malu jika kita tidak tahu. Tapi malulah kalau sudah tahu, tapi masih kekal membuat tidak tahu!

Terbaik.

Oh ya! Jangan lupa scan QR code di belakang buku untuk melihat gambar penulis semasa belajar di ISU.

#sharulmembaca
#malaysiamembaca








Reactions

Post a Comment

1 Comments