Bengkel Motor Ah Meng

Hari tu, saya bawa Encik Honda Merah saya ke bengkel, selepas sekian lama tersadai di rumah bermula musim PKP Mac lalu. Saya sudah jarang menunggang motor, lebih kerap memandu. 

Tahu-tahu, rantai motor sudah longgar. Bateri sudah lemah. Bunyi hon pun macam angsa tak cukup minum. 

Apabila kerajaan mengumumkan PKP sudah dilonggarkan, maknanya rutin kehidupan  sebelum PKP bakal kembali. Tentulah, dengan norma baharu. Dan Encik Honda Merah akan kembali menjalankan tugas.

Saya ke bengkel Ah Meng. Sudah berpuluh tahun bengkelnya saya kunjungi kalau mahu mendapatkan khidmat baik pulih motor. Lagipun lokasi bengkel dia dekat benar dengan rumah. Orang kampung pun ramai kenal Ah Meng. Sesekali waktu kenduri, akan nampak kelibat dia dan keluarga turut bertandang. Kalau dengan atok Hafiz, kenal lah dia. Tapi dengan abah Hafiz yang anti-sosial ni, memang tak camlah dia.

Heh!

Tapi Ah Meng tak ada hari tu. Kata rakan sekerja, Ah Meng berehat di rumah. Saya mengagak-agak, Ah Meng sudah tidak sihat. Usianya saya fikir sudah 60 tahun, mungkin. 

Rehatlah, Ah Meng. 

Biar generasi baru yang menggalas tugas. 


Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng
Bengkel Motor Ah Meng








Reactions

Post a comment

0 Comments