Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones

Ada sahabat bertanya, bagaimana mahu menukar gambar daun (yang hijau) menjadi warna merah. Saya yang kebetulan sentiasa mempunyai masa lapang, segera membuat carian di Youtube.

Jumpa!

Dan dari situ, melaratlah saya melihat preset yang dikongsikan oleh orang awam dan boleh digunasama oleh sesiapa pun. Mungkin sekitar 10 preset yang saya sudah tiru dan simpan di dalam telefon.

Oh ya!

Preset ini seperti template, salah satu fungsi yang ada dalam aplikasi Adobe Lightroom versi HP dan PC. Kita hanya perlu pilih mana preset yang sesuai dengan gambar, lalu tetapkan saja. Mudah. Kerja "edit" hanya dengan satu butang saja. 

Untuk orang yang baru mula dengan dunia editing, sesuailah. Perlahan-lahan kita fahamkan fungsi "light", "colours", "effect" dan lain-lain.

Ini gambar Hafiz dengan preset bernama "Black Tones" yang saya jumpa di Youtube. Videonya ada saya kongsikan di bawah. 

Selamat mencuba.


Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones
Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones
Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones
Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones
Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones
Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones
Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones
Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones
Gambar Hafiz Dengan Preset Black Tones



Black Tones Preset Di Youtube

Ini pula video yang saya rujuk untuk mendapatkan preset ini.







Reactions

Post a Comment

0 Comments