Musim Luruh Di Gombak

Ada beberapa batang pokok di kawasan perumahan saya yang agak unik. Apabila tiba musim panas (atau musim tertentu), daun-daunnya bertukar menjadi kuning dalam jumlah yang agak sekata dengan daun berwarna hijau. Terus saya teringatkan gambar-gambar musim luruh yang banyak dikongsikan orang.

Saya sendiri pernah menyaksikannya di hadapan mata.

Hampir sama!

Bezanya cuma cuaca. Musim luruh di Gombak, hawanya panas. Musim luruh di Eropah, udaranya sejuk membeku.

Tapi warna-warna yang muncul, membahagiakan perasaan.

Musim Luruh Di Gombak
Musim Luruh Di Gombak
Musim Luruh Di Gombak








Reactions

Post a comment

0 Comments