[Ulasan Buku] Kembara Merangkak Puncak Oleh Adam Khan

Satu lagi pengembaraan ke kaki gunung Everest oleh rakyat Malaysia dan kali ini daripada kaca mata pandangan dan pengalaman Adam Khan, insan kelainan upaya (OKU).

Saya pernah terbaca kisah beliau di salah satu group hiking yang saya sertai di FB, pernah juga menonton kisahnya di TV, tapi langsung tak cam siapa. Membaca buku ini barulah muncul dalam ingatan.

Oh, dia ni! 

Perjalanan Adam Khan dalam bidang pendakian bermula ketika masih belajar di UIA. Melihat perkongsian gambar rakan di FB, dia jadi teringin. Lama-lama ketagih dan akhirnya berjaya menawan EBC (atau ABC). 

Itulah. Masuk hutan ni memang boleh bikin penasaran. Gatal je kaki nak daki gunung meredah hutan berendam dalam sungai.. 

Penceritaan agak baik dari segi penulisan. Teratur dan bahasanya cantik. Tak terlalu melankoli dengan nasib diri, cukup untuk kita tahu Adam ada kekurangan fizikal. 

Cuma ada kalanya cerita/bab agak tergantung. Ada yang seperti terburu-buru mahu selesai dan ada yang buat kita tertanya, eh, bila pula dia begitu begini. Dan agak rugi, gambar ketika mendaki tak begitu banyak. 

Untuk pengalaman Adam itu sendiri ketika mendaki ke Everest, satu memori hidup yang memang saya cemburu. Pada sesiapa pun yang berjaya ke sana. Namun kita kena tahu kemampuan diri sendiri. 

Saya juga suka bagaimana Adam menjadi inspirasi dan penguat semangat sesama pendaki yang ada. Benar kata Adam, keazaman kita kadang-kadang tanpa sedar menjadi kekuatan orang lain. 

Tahniah Adam. 

Satu kejayaan yang gemilang. Bukan untuk siapa-siapa, melainkan diri sendiri. 

Kembara Merangkak Puncak Oleh Adam Khan


#sharulmembaca 

#malaysiamembaca 








Reactions

Post a Comment

0 Comments