1.
Saya sudah lupa isi kandungan buku beliau yang pertama, tapi seingat saya buku itu bagus.
2.
Maka tanpa ragu, saya membeli buku beliau yang kedua, Aku Mahu Pulang.
3.
Isi kandungan buku ini banyak monolog penulis dan juga bersama orang sekeliling tentang menghadapi hidup.
4.
Kisah harian yang kadang kala bagi kita hanyalah sepintas lalu, tapi Deanna mengupas persoalan yang membuatkan saya melafazkan "ya lah, betul juga tu."
5.
Saya suka mengambil sikap ada, adalah. Tak ada, tak adalah. Mudah. Tapi penulis melibatkan emosi yang bagi saya tak perlu, tapi dalam masa yang sama saya menerima hakikat manusia memang pelbagai dan tak sama dengan ragam kita. Kita belajar dengan manusia. Perangai anak sendiri pun tak sama, kan?
6.
Ada satu bab yang mengisahkan hal doa. Deanna mengajar supaya menjadi lebih "licik" dalam hal berdoa. Ideanya terpakai semasa kita terasa dianiaya. Selalunya cepat saja kita melenting mendoakan keburukan orang yang menganiaya, walhal setiap doa itu akan berbalik pada diri sendiri. Jadi, sebaiknya gunakan peluang ini untuk mendoakan yang baik-baik. Bukan untuk si penganiaya, sebaliknya untuk diri sendiri. Ah, kau bacalah sendiri.
7.
Banyak pengajaran tentang kehidupan peribadi penulis yang boleh digunaakai untuk semua orang. Kerana setiap kita rata-rata mempunyai masalah yang lebih kurang sama, cuma kebijakan individu yang menentukan bagaimana masalah itu diselesaikan.
Tahniah, Deanna. Buku yang baik. Teruskan mendidik jiwa ramai orang, supaya kita dapat "pulang" dengan bekalan yang mantap!
0 Comments