Merempuh Gerimis Dalam Subuh Yang Biru

Subuh.

Tiga kali seminggu, sebaik selesai menunaikan solat saya bergegas menjemput abah. Sudah menjadi rutin semenjak setahun yang lalu, abah perlu ke klinik hemodialisis setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

Awal-awal dulu, abah dapat giliran petang.

Menjelang hujung tahun 2019 atau awal tahun 2020, nama abah sudah naik untuk shift pagi. 

Alhamdulillah. Lebih bagus waktu pagi berbanding shift akhir yang selalunya "melanggar" Maghrib.

Untuk shift pagi, saya mengambil tugas untuk menghantar manakala menjemput antara kakak dan abang. Bergantung kepada kesempatan.

Dan pagi semalam, sama juga rutinnya.

Cuma perjalanan kami diiringi gerimis pagi yang menjadikan suasana sejuk mencengkam. Sewaktu hari semakin cerah, langit kelihatan berwarna biru yang menggoda. Dari balik cermin kereta, saya melihat pemandangan yang sangat menenangkan.

Jalan yang masih lengang.

Aspal basah memantulkan sinaran lampu jalan.

Lampu-lampu yang berwarna-warni terbias cahayanya dek butiran hujan di dinding cermin.

Khayal.

Kalaulah boleh saja saya berhentikan kereta di tengah-tengah jalan hanya untuk menikmati jamuan mata yang muncul sekali-sekala ini.

Kalaulah.

Merempuh Gerimis Dalam Subuh Yang Biru Di Gombak

Reactions

Post a Comment

0 Comments