Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi

Rasanya kami dah lama juga jadi pengunjung Halim GP Gulai Panas Airport ni. Kalau balik kampung dan malas memasak, ke kedai lah jawabnya untuk mengisi perut. Yang sedapnya di sini, masakan semuanya segar baru keluar dari periuk.

Nyum!

Aroma bau gulai khas gaya Langkawi memang bikin air liur meleleh. Prosesnya? Rebut tempat duduk dulu, sebab kedai ni sentiasa penuh dengan pengunjung yang kelaparan. Kemudian, bolehlah pilih ikan-ikan yang sudah siap disiang dan lain-lain hidangan yang ada. Timbang, kemudian sebutkan masakan bagaimana yang diidamkan perut.
Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi


Bila dah terhidang depan mata, Allahu, air liur sudah terkumpul mengalahkan bekalan Air Selangor musim air tercemar.

Nasi panas.

Gulai panas.

Ikan segar. Sotong segar.

Ada ulam-ulaman.

Kena pula musim hujan di Langkawi. Sejuk malam memang mengeluarkan segala saka mengketedarah yang terkurung lama di dalam jiwa.

Hahaahha!

Menikmati daging lembut ikan yang masih manis, disirami kuah gulai panas (atau kari sebutan orang KL), berebut-rebut dengan keluarga atau rakan, memang tak sedar nasi dah bertambah-tambah. Paling sedap waktu penghujung, ikan yang sudah tinggal tulang-temulang di dalam mangkuk diratah terus tanpa segan-silu.

Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi
Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi
Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi
Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi
Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi
Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi


Burpppp!

Tersandar kekenyangan!

Ada banyak lagi kedai seumpama Halim GP Gulai Panas Airport ini, cuma yang inilah yang paling popular di kalangan pengunjung Langkawi. Kedainya pun mudah dicari, dekat benar dengan airport (di roundabout menghala ke Padang Masirat).

Harga?

Boleh tahan. Dah jadi tumpuan, begitulah. Tapi untuk hidangan sedap macam itu, berbaloilah.






Reactions

Post a comment

0 Comments